Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, February 18, 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Assalamualaikum & Hai

Semalam aku pegi ambik voucher BR1M dekat Pejabat Umno Cawangan PJS.
Excited uolls nak pegi ambik sampai ajak en.man pegi awal konon tak nak beratur panjang-panjang.
Tapi last-last keluar lambat jugak sebab kusyuk tengok marathon Running Man.

Semalam masa aku pergi rumah en.man nak hantar baju, adik dia cakap ada surat untuk aku.
Surat aku memang banyak hantar ke rumah dia.
Yelah, aku kan takde rumah tetap lagi kat KL ni.
Asyik berpindah-randah je.
Sebab tu mana yang aku rasa penting aku akan letak address rumah family dia.
Senang in case ada barang or surat penting takde la susah kalau aku pindah rumah.

Okay, back to the story.
Bila aku tau ada surat aku dekat rumah dia, cepat2 aku jalan pegi rumah dia.
Owh, adik dia bagitau kat aku time aku keluar lift.
Sebab tu aku jalan laju-laju sebab aku nak tau surat apa tu.
Bila aku dapat tau yang tu memang surat BR1M, excited gile la aku.
Yelah, aku dapat surat en.man tak dapat.
Sapa tak suka weyh.
Seronok aku kenakan dia.

Dekat dalam borang tu tulis daftar pukul 8.00 malam.
So dalam pukul 7.45 p.m baru kitorang keluar rumah.
Dekat je pun tempat nak ambik tu.
Kitorang saje je keluar lambat sebab nak elak dengar ceramah.
Tapi rupa-rupanya terpaksa dengar jugak.
Sebab diorang start bagi voucher tu lepas habis ceramah.
Ceramah politik pulak tu.
Hampeh betul.

Dalam pukul 10 p.m baru aku dapat ambik voucher.
Itu pun kena tulis nama & IC sendiri dekat voucher tu.
Satu hal pulak nak kena ambik cuti nak pegi cashkan voucher tu.
Tapi, apa-apapun aku happy sebab dapat BR1M untuk bujang ni.
Yelah, aku banyak keluar duit bayar tax kot.
So, memang patut la kerajaan bagi balik kat aku. Kan....
Anyway, million thanks to PM sebab bagi banyak benefit dekat golongan belia.
Tahun depan, up la sikit amount BR1M untuk anak muda ni. :-)

Oh ye, to those yang belum kahwin and pendapatan bulanan kurang dari RM2000, sila la apply untuk BR1M ni.
Walaupun amount dia cuma RM250, tapi tu duit korang jugak.
Korang bayar gov tax banyak-banyak tapi lepas tu bila gov bagi duit free korang tak nak ambik.
Rugi sangat-sangat weyh.
Bila lagi nak dapat duit free dari government kan.
So, silalah apply cepat-cepat dekat sini.
Apply tiap-tiap tahun okay.
Till then.
xoxo

ini la rupa voucher tu. :)

setia tunggu walaupun dia tak dapat. 

p/s: tak sabar nak tunggu en.man dapat dia punya BR1M. boleh pegi shopping barang hantaran lagi. weee...

Friday, February 8, 2013

Wedding Prep: Yeay.... Kain Nikah Dah Beli

Assalamualaikum & Hai

Salam Jumaat kepada semua.
Semalam, aku dengan en.man pegi Jakel Jalan T.A.R beli kain untuk baju nikah dia.
Aku ingat dia nak ajak aku pegi beli dekat Kamdar IOI Mall, rupa-rupanya dia ajak aku pegi Jakel.
Jealous la tu kain aku hari tu aku beli dekat Jakel.
Balik dari kerja, kitorang terus pegi Jalan T.A.R.
Sampai-sampai aje first sekali kitorang cari kedai makan.
Masing-masing dah kebulur.
Yelah baru balik kerja kan.
Kitorang makan dekat food court depan dekat dengan Mydin & pondok polis.
Boleh tahan la makan kat situ.
Harga tak la mahal sangat.
Rasa dia pun boleh tahan sedap jugak.

Lepas makan, kitorang terus pegi Jakel.
Cari kain untuk baju en. man.
Sales asst. dekat situ bawak kitorang kat tempat kain untuk baju lelaki.
Nasib dekat G floor jugak sebab aku mmg malas nak naik atas.
Nanti rambang mata.
First kain yang dia tunjuk dekat kitorang memang lembut sangat.
Tak ingat kain jenis apa.
Harga dia satu meter RM38 tapi lepas tu turun semeter RM25 sebab hari ni start sale untuk C.N.Y.
Memang rezeki kitorang la kan sebab dia turunkan harga time kitorang beli.
Suka sangat-sangat.
Bila aku dapat tau kain en.man tu dah turun harga aku pun mintak la satu kain dari dia.
Yela, hari tu aku beli kain chiffon je, kain lining untuk dalam tak beli lagi.
Alang-alang ada sale kan, aku pun beli la kain lining untuk aku sekali.
Aku amik kain satin shamus warna pink, satu meter RM12.

Kain aku:

Chiffon Jorgget (6 meter)= RM 114
Satin Shamus (4 meter)= RM48
Tudung (half moon)= RM 38
Total = RM 200 

Kain en.man:

Italian tak ingat (4.5 meter) = RM 112.50
Sampin= belum beli lagi
Songkok (beli time raya hari tu ) = RM
Total= to be update later

So sekarang ni kain aku dah settle, kain en.man pun dah settle.
Tinggal nak hantar jahit je.
Weee...... I is suka okay.
Lepas ni kitorang fokus on beli barang hantaran.
Till then... xoxo

p/s: Happy Chinese New Year to those yang celebrate. :-)

Wednesday, February 6, 2013

My Social Network

Assalamualaikum & hai

Kat bawah ni aku dah list down kan link ke social network yang aku active.
So nanti boleh la korang add, follow atau tweet dekat aku yeah.
Owh. Kebanyakkan akaun aku private, so kalau nak add sila la bagitau korang dari blog aku yea.
Thank you. :)

1) Facebook
2) Twitter
3) Instagram

About Bella Harith

Assalamualaikum & Hai

Siapa Bella ni sebenarnya?
Dari mana dia datang?
Dulu sekolah mana?
Dia duduk mana?
Asal mana?
Kenapa tiba-tiba je ada blog?
Lepas tu assume ramai sangat orang baca blog dia ni. (Perasan je lebih)

Haaa.... Meh sini aku cerita sikit pasal diri aku.
Nama betul aku, Nabilah.
Tapi ramai kawan-kawan aku panggil aku Bella/Belle.
Aku anak kepada Mohamed Harith & Azizah.
Aku anak yang ke-4 dari 5 orang adik-beradik.
Tapi aku anak perempuan yang bongsu.
Bawah aku lelaki.
So aku ni manja sikit dengan ayah aku.
Mak aku dah meninggal so ayah aku la jadi tempat aku bermanja(sekain daripada en.tunang).

Tahun 2013 ni umur aku akan bertambah ke 25 tahun.
And insya Allah hujung tahun ni aku akan bernikah with my one and only buncit en.man.
Aku dulu pernah sekolah dekat Tadika Kemas Felda Chemplak.
Lepas tu masuk pulak Sekolah Kebangsaan Felda Chemplak.
Owh, bagi yang tak tau Felda Chemplak ni terletak di negeri Johor Darul Takzim.
Di daerah Labis, berhampiran dengan Segamat.
Lepas habis sekolah rendah, aku masuk pulak Sekolah Menengah Kebangsaan Labis sampai form 3.
Start form 4, aku sekolah dekat Sekolah Teknik Port Dickson (sekarang dah tukar Sekolah Vokasional Port Dickson, kalau tak silap aku) ambik course Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Lepas habis Spm aku belajar dekat KLMU ambik course E-Secretaryship.
Lepas habis belajar, aku kerja makan gaji sampai la sekarang ni.

Kenapa aku buat blog ni?
Sebenarnya aku dah ada blog dari tahun 2009.
Tapi semua post lama aku dah buang.
Dulu aku buat blog sebab aku tak de tempat nak luahkan perasaan.
So bila aku ada masalah, aku tulis dekat blog.
Tapi bila aku fikir-fikirkan balik tak sesuai pulak aku luahkan semua masalah aku kat dalam blog ni.
Sebab tu la aku delete semua post au yang lama-lama and aku mulakan dengan yang baru.
Most of my blog post cerita tentang apa yang jadi dalam hidup aku.
Kalau aku ada pegi event, aku akan cerita dekat sini.
Kalau aku sakit  hati pun aku akan cerita dekat sini.
And also aku akan post progress on my wedding preparation. :)

I guess thats all I have to say about myself.
Salam perkenalan dari Bella Harith. :)






Wedding Journey

Assalamualaikum & Hai

Kat bawah ni aku list down kan semua post aku yang berkaitan dengan wedding aku.
Feel free to click. :)

1) Engagement
2) Counting The Big Day
4) Wedding Prep 1
5) Beli Tudung Nikah
6) Nikah Fabric & Price

Tuesday, February 5, 2013

My Wedding Checklist


Assalammualaikum & Hai


14 months - 10 months before 

1. Confirmkan tarikh untuk solemnization - Confirmed (22/12/2013)
2. Confirmkan tarikh untuk bertandang - Confirmed (05/01/2014)
3. Booking tempat (solemnization) - done! 
4. Booking tempat (bertandang) - done! 
5. Booking MUA (Solemnization) - not yet
7. Booking Official photographer (solemnization) not yet
9. Booking Official photographer (bertandang) - not yet
10. Booking Official Videographer (solemnization & bertandang) -not yet
11. Catering solemnization - not yet

9 - 8 months before 

1. Solemnization's venue - done! (masjid As-Salam, Petaling Utama)
2. Bertandang's venue - done! (Dewan Pangsapuri Desa Sepakat)
3. Solemnization theme - Pink colour
4. Bertandang theme - TB Confirm
5. Family theme bride's side - TB Confirm
6. Family theme groom's side - TB Confirm

7 months before 

1. List down hantaran - done!
2. Baju Nikah - in progress
3. Baju bertandang - not yet
4. Survey invitation card (Patterns, how many pax, price) -not yet

6 months before 

1. Booked tok kadi - not yet
2. Survey door gifts not yet
3. Settle the legal documents in progress

5 months before 

1. Tempah the invitation cards (Print out) not yet
2. Decide pengapit for reception - done!
3. Decide pengapit for bertandang - done!
5. Guests list - done!
6. Tempah kasut for solemnization / reception not yet
7. Pick the bridesmaid & bestman not yet
8. Survey cake for reception not yet

4 months before

1. Get tudung nikah/ veil ready not yet
2. Plan honeymoon not yet
3. Booked / survey tempat tinggal for groom's side not yet
4. Tukang buat hantaran DIY?

3 months before 

1. Make up bilik pengantin not yet
2. Tulis nama di invitation card not yet
3. HIV test not yet
4. Hantar borang permohonan kahwin not yet
5. Buat guestbook DIY?

2 months before 

1. Post the invitation cards
2. Final fitting solemnization's attire 
3. Final fitting Reception's attire 
4. Tempah family badge for family members
5. Final check on OP
6. Final check on OV
7. Final check on wedding cake
8. Final check on MUA for solemnization/ Reception
9. Final check on wedding favor

1 month before

1. Discuss dengan pengapit - to do list
2. Pick the flower girls
3. Final check the family theme
4. Inai

2 weeks before 

1. List down tugasan 
- Penyambut tetamu
- Jaga hadiah
- Guestbook corner
- Kasi doorgifts
- VVIP Majlis (Orang penting)
2. Final check on video montage
3. Final discuss with the catering for both sides
4. Final meeting with the vendor
5. Facial & Spa

5/6 days before 

1. Hair spa, pedicure, manicure
2. Pacak signage a day before
3. Inai tangan 
4. Pelamin siap nearly 70% 4 days before wedding
5. Bilik pengantin siap
6. Doorgifts siap
7. Hantaran siap
8. Baju ready
9. Scaling / bleaching
10. Limau nipis (Mandi)
11. Madu, vaseline a night before wedding ( untuk bibir yang sihat! Tak merekah on your big day)
12. Timun ( mata)

The Big Day  
1. Hantaran dah ready 6 hours before
2. Make up 1 hour before akad nikah
3. Get your OP / VP ready masa you tengah make up - so that ada shot moment tengah make up hehe


*akan di update dari masa ke masa
**credit to blog Adlin Nadia :)

Friday, February 1, 2013

Movie Day Out: Juvana

Assalamualaikum & Haii

Hari ni aku nak cerita pasal cerita Juvana.
Aku memang peminat tegar drama Juvana.
Kalau termiss satu episod mesti akan tengok balik dekat tonton.com.my
Salah satu sebab aku suka tengok cerita juvana sebab ada bob a.k.a zahiril adzmin & abg beto kusyairy.
Aku memang minat sangat dengan diorang. :-)

For those yang tak pernah tengok drama Juvana, biar aku sinopsiskan sikit ye.
Drama ni ceritakan kisah Daim, sorang budak yang kena hantar masuk juvana sebab di tuduh membunuh ibu kandung dia sendiri (dia tak bunuh pun mak dia sebenarnya. daim ni baik budaknya.)
Dia terpaksa tempuh macam-macam dugaan masa dia duduk dalam juvana tu.
Asyik la kena pukul dengan Botak & konco-konco dia.
Sampai la Cikgu Zakiah masuk mengajar dekat situ.
Cikgu Zakiah ni cikgu kaunseling.
Dia cuba sedaya upaya ubah perangai & nasib budak2 dekat dalam juvana tu.
Dia ajar diorang berbahas sampai diorang dapat masuk tournament.(tak ingat la diorang menang ke tak)
Sampai la satu hari tu, diorang dapat tau yang pengetua sekolah diorang songlap duit sekolah.

...........................
..................................

Aiyoo. Aku ingat sampai part tu je la.
Tapi kalau tak silap aku, pengetua diorang kena tangkap & sekolah diorang di tutup.
Sorry. Aku betul-betul lupa la.
Kalau nak tengok balik dekat tonton kena bayar.
Tak kuasa la aku nak bayar kan.
Sorry... :-(

Okay, kita skip episod last tu.
Ni aku nak cerita pasal movie dia pulak.
Apa yang aku boleh cakap, movie ni memang tak menghampa kan aku.
Jalan cerita dia pun best.
Owh, and ada wife zahiril sekali dalam cerita ni.
Si comel lote shira aiyob.
Jadik girlfriend Daim kat sekolah baru dia. :)

Dalam movie ni Daim start hidup baru.
Dia sambung sekolah balik sebab dia nak ambik SPM.
Kawan-kawan dia dekat sekolah juvana Wira Bakti kena hantar dekat tempat lain.
Tempat yang lagi teruk dari tempat lama diorang.
Apek, best fren Daim masa dekat Wira Bakti dulu berubah perangai.
Daripada sorang yang baik & positive thinking, dia jadik macam Botak yang dulu.
Kaki pukul, kaki buli, segala jenis kaki la.
Kira dia 'taiko' la dekat tempat baru tu sebab dia belasah 'taiko' poyo tempat tu, Man Todak (aku tak suka betul dia ni, even d real person pun.)
While Botak pulak dah bertaubat.
Takde lagi nak pukul-pukul orang sebab benda kecik lagi dah.

Bila Daim dapat tau yang kawan-kawan dia ada problem dekat tempat baru, dia teus pegi jenguk diorang.
Tak lama lepas Daim datang, Man Todak dengan budak-budak lain buat rusuhan.
Habis diorang bakar kawasan sekolah tu. (mana dia dapat api, aku pun tak tau. maybe ada yang seludup lighter kot.)
Yang aku tak faham nya, time rusuhan tu diorang nak Botak.
Kenapa dia tak carik Apek?
Kan dia 'taiko' kat situ.
Lepas tu baru aku faham kenapa Man Todak tu nak Botak.
Dia tak puas hati Botak dah tak nak bergaduh lagi dah.
Even time Botak kena belasah dengan Man Todak, dia still tak melawan.
Mula-mula jela. Tapi lepas tu dia tumbuk balik Man Todak.
Lepas tu, si Man Todak bingai tu boleh pulak tikam perut Botak.
How dare he!!!!

At first, aku ingatkan Botak mati kena tikam rupanya tak.
Pheww.... Nasib baik.
Tak best la kalau sub-hero mati kan. hehe..
Lepas tu, ada la suara hakim a.k.a narrator bagitau yang diorang tak bersalah dalam rusuhan tu.
& hukuman diorang di pendekkan.
Just before cerita tu habis, kelua la muka pengetua sekolah lama diorang En. Raja panggil nama Botak.
Lepas dia panggil nama Botak tu, movie pun habis.
Cisss.... Apakah???
Tergantung begitu sahaja....

Apa pendapat korang dengan cerita Juvana ni?
Aku rasa maybe ada sambungan Juvana 2 kot.
Aku rasa la. Ada ke tak kita tunggu dan lihat je.
Till then. xoxo

p/s: to those yang nak jumpa pelakon-pelakon Juvana, boleh la pergi Karnival Karangkraf dekat Seksyen 15, Shah Alam, Ahad ni (03.02.2013) pukul 2 petang. (aku nak pergi, tapi mesti tak sempat sebab nak pergi kenduri kahwin kawan sekelas. sedihnya........ )