Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Friday, November 23, 2012

Lagi Satu Tahun Oooo

Assalamualaikum & Hai

Lama dah tak tulis kat dalam ni.
Banyak sangat kerja nak kena buat sejak dua tiga menjak ni.
Sebab tu la tak sempat nak update.

Hari ni aku nak cerita pasal wedding preparation aku.
Walaupun wedding aku ada lagi setahun tapi aku dah settle buat wedding checklist.
Aku dengan en.man plan nak start beli barang-barang hantaran bulan satu bersamaan Januari nanti.
Ikutkan plan asal, kitorang nak start beli bulan Disember ni.
Yelah hujung tahun kan ada Y.E.S sebab tu la kitorang target nak beli hujung tahun.
Tapi memandangkan kitorang tak beli lagi kain untuk buat baju terpaksa la kitorang tangguhkan dulu nak beli barang hantaran.

Start dari bulan 12 ni kitorang akan start plan & organize sikit-sikit untuk wedding kitorang.
Starting with beli kain utuk nikah.
Untuk nikah aku plan nak buat baju kurung moden je.
Simple yet gorgeous.
Kain lak aku akan guna kain chiffon+satin+lace.
Aku suka kain chiffon sebab dia lembut & flowy.
Boleh feeling ala-ala princess gitu.

Kain chiffon untuk buat baju and kain.
Satin lak untuk lining.
Aku nak carik satin yang sejuk so that bila aku pakai baju tu nanti tak la panas.
Lace pulak aku akan guna sikit aje.
Untuk buat patches/border kat baju.
Tapi aku tak sure lagi lace jenis apa yang sesuai untuk buat patches.
Nak kena buat research dulu lace mana yang sesuai.
Baru boleh dapat hasil yang sangat memuaskan hati.

Budjet aku untuk kain nikah kalau boleh kurang dari RM 200.
Tercapai ke tak, tu kena tunggu aku beli kain dulu.
So far dari apa yang aku baca dekat blog2, ramai yang cakap dekat Kamdar KL kain dia murah.
Quality pulak boleh dapat quality yang sama macam dekat Jakel.
Betul ke tak, itu aku tak tau.
I just have to wait and see.
Nanti bila aku dah beli kain aku update lagi.

Till then. XOXO

p/s: Nak pujuk en.man ajak balik kampung. Ayah nak belanja makan durian. Yummeh....


No comments:

Post a Comment