Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Friday, November 23, 2012

Gambar Lapuk (Hari Raya Haji)

Koleksi perfume aku. VS yang penuh tu bukan aku punya. Orang kirim. 

Nasi Goreng RM6.00. Hanya boleh di dapati di dalam KTM Antarabandar. 

Ni la rumah tempat aku membesar. Dari dulu sampai sekarang sama aje. Yang baju merah tu akak aku yang duduk dekat kampung, Aisyah. Aku panggil dia Esah. Yang budak-budak tu semua anak-anak dia. Yang tengah berdiri tu ayah aku. 

Motif???

Aku di atas, mereka di bawah. 

Segar dari dahan pokok.

Ini budak takut orang. 

Manggis pertama yang aku rasa lepas bertahun-tahun tak makan. 

Lauk raya haji. Semua orang bagi. Terima kasih jiran sebelah rumah dengan Esah. 

Azira, bakal pustakawan yang berjaya. 

Lauk raya lagi. 
Atas, dari kiri ke kanan: kari ayam, lodeh, kari ayam lagi.
Tengah, kiri ke kanan: sambal kacang, pulut dalam periuk kera, rendang daging, rendang, rendang ayam(bwk dari KL).
Bawah, kiri ke kanan: Lodeh, rendang daging, sambal ayam.
Lauk semua dari jiran aku dengan Esah. 

Puas hati dapat beli dekat butik walaupun bukan untuk aku. 

Victoria Secret

Budak takut orang lagi.

Ini semua campur milo satu kotak kecik harga dia RM12. Hanya boleh di dapati di dalam tren KTM antarabandar. 

Korang terliur tak??? Aku terliur sangat-sangat beb. 



Posted and taken by Samsung Galaxy S3. 

Lagi Satu Tahun Oooo

Assalamualaikum & Hai

Lama dah tak tulis kat dalam ni.
Banyak sangat kerja nak kena buat sejak dua tiga menjak ni.
Sebab tu la tak sempat nak update.

Hari ni aku nak cerita pasal wedding preparation aku.
Walaupun wedding aku ada lagi setahun tapi aku dah settle buat wedding checklist.
Aku dengan en.man plan nak start beli barang-barang hantaran bulan satu bersamaan Januari nanti.
Ikutkan plan asal, kitorang nak start beli bulan Disember ni.
Yelah hujung tahun kan ada Y.E.S sebab tu la kitorang target nak beli hujung tahun.
Tapi memandangkan kitorang tak beli lagi kain untuk buat baju terpaksa la kitorang tangguhkan dulu nak beli barang hantaran.

Start dari bulan 12 ni kitorang akan start plan & organize sikit-sikit untuk wedding kitorang.
Starting with beli kain utuk nikah.
Untuk nikah aku plan nak buat baju kurung moden je.
Simple yet gorgeous.
Kain lak aku akan guna kain chiffon+satin+lace.
Aku suka kain chiffon sebab dia lembut & flowy.
Boleh feeling ala-ala princess gitu.

Kain chiffon untuk buat baju and kain.
Satin lak untuk lining.
Aku nak carik satin yang sejuk so that bila aku pakai baju tu nanti tak la panas.
Lace pulak aku akan guna sikit aje.
Untuk buat patches/border kat baju.
Tapi aku tak sure lagi lace jenis apa yang sesuai untuk buat patches.
Nak kena buat research dulu lace mana yang sesuai.
Baru boleh dapat hasil yang sangat memuaskan hati.

Budjet aku untuk kain nikah kalau boleh kurang dari RM 200.
Tercapai ke tak, tu kena tunggu aku beli kain dulu.
So far dari apa yang aku baca dekat blog2, ramai yang cakap dekat Kamdar KL kain dia murah.
Quality pulak boleh dapat quality yang sama macam dekat Jakel.
Betul ke tak, itu aku tak tau.
I just have to wait and see.
Nanti bila aku dah beli kain aku update lagi.

Till then. XOXO

p/s: Nak pujuk en.man ajak balik kampung. Ayah nak belanja makan durian. Yummeh....