Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, September 26, 2011

Baby & Me..

Kalau korang nak tau, aku ni dari dulu lagi selalu jadi babysitter untuk anak-anak akak aku..
Aku memang suka jaga baby...
Sebab diorang ni senang nak dijaga(kadang-kadang le)...
Kalau diorang nangis cuma ada 3 maksud aje..
Either diorang lapar/tak sedap perut, or nak tidur, or 'wet'..
Senang je kan... :)

Tapi kadang-kadang jaga baby ni mencabar jugak..
Dapat pulak baby yang kuat menangis...
Huish... Boleh hilang sabar...
Tapi kalau dapat baby yang tak banyak ragam, memang sangat terbaik...
Kita nak buat apa pun senang...
Nak masak, nak mengemas, semua senang..

Aku tak berapa minat jaga kanak-kanak yang dah besar...
Yang dah umur 4-7 tahun...
Diorang ni nakal sangat-sangat...
Aku ni dah la kurang sabar..
Bahaya...
Tapi lain kanak-kanak lain ragam...
Kalau aku boleh jaga kanak-kanak yang sangat-sangat 'well behave' memang best lah...

Anak-anak sedara aku semuanya nakal sikit...
Boleh gila aku kalau kena jaga semua anak sedara aku sekali gus...
Dah boleh bukak nursery kalau semua sekali ada..
Dengan yang kuat menyakat, kuat menjerit, kuat menangis...
Boleh meroyan ooo..... :D
Tapi kalau diorang tak ada, sunyi la hidup aku...
Tak ada kawan nak di ajak "bergaduh"... :)

Akak aku selalu cakap dekat aku nanti time aku ada anak sapa la yang nak jaga anak aku...
Diorang memang tak la sebab diorang dah ada anak & kerjaya sendiri...
Aku selalu jawab 'ntah la'...
Memang itu lah jawapan yang paling pasti sekali...
Aku kan dah banyak pengalaman jaga anak-anak mereka, so aku rasa aku boleh jaga anak-anak aku sendiri...
Kecuali time aku kerja...
Itu kena carik orang tolong jaga...

Tapi lamabat lagi aku nak ada anak...
So buat masa sekarang aku tak payah nak pening-pening kan kepala aku pikir pasal tu...
Yang penting when the time comes i will be fully prepared... :)



ps: Sekarang ni tengah jadi babysitter untuk baby akak aku; baby Layna... Dia sangat comel ouh... Geram...

pps: Dalam tahun ni aje aku dapat 3 anak sedara sekali gus... Three month in a row... gila tak??? 2 girl and a boy... Love them very much...

Wednesday, June 15, 2011

planning a new life...

setelah lama terfikir, hari ni saya bertekad mahu duduk sendiri..
sebelum ni dah terfikir pasal ni tapi tak jadi..
still jugak duduk dengan kakak..
bukan tak nak duduk sendiri tapi kesian dekat dia..
anak dia dah la ramai, kalau aku tak ada sapa nak tolong jaga time weekend..
tapi sekarang ni dia dah naik pangkat, so boleh la aku duduk sendiri..
dia pun dah cuti weekend, so senang la dia nak jaga anak-anka dia...

saya bukannya tak pernah duduk sendiri..
pernah dulu duduk sendiri tapi kejap aje..
itu pun duduk hostel kolej yang merupakan sebuah apartment..
keluar dari hostel tu pun sebab elektrik rumah tu kena potong..
saya baru duduk 2 minggu, elektrik dah kena potong..
bedebah betul...
nak sambung balik elektrik bukan senang...
penat la jugak budak-budak rumah tu ulang-alik ke TNB..
semua tu gara-gara outstanding bil elektrik yang mencecah RM3000++...
banyak kan...
masa saya mula-mula dapat tau, saya pun terkejut jugak...
outstanding samai 3000 lbh...
banyak nye...
diorang buat ape dengan elektrik sampai tertunggak macam tu sekali...
diorang tak bayar ke???
macam-macam persoalan ada dalam kepala masa tu...
oleh kerana tak tahan duduk dalam keadaan gelap dan tidur berpanas, saya memutuskan untuk berpindah keluar dari rumah tersebut...
sejak dari itu, saya tidak lagi duduk sendiri..

tetapi hari ini, saya nekad untuk hidup sendiri...
belajar berdikari...
nak rasa susah hidup sendiri...
selama ini saya dah terlalu banyak menyusahkan orang especially my kakak & my boifren(en.man)..
saya dah tak mahu bergantung pada en.man lagi..
saya dah terlalu banyak bergantung pada dia...
pagi-pagi mintak tolong dia hantar saya pegi lrt...
bila petang pulak saya mintak dia tolong jemput saya dari ofis, dari kolej...
kesian dia baru balik kerja dah nak kena jemput saya...
dah la pekerjaan dia meletihkan, lepas tu boleh pulak saya suruh dia jemput saya...
kejam kan saya...
tapi walau dia letih sekalipun, or even dia marah-marah maki saya sebab suruh jemput, dia tetap jugak jemput saya..
sebab tu saya sayang dia... :)
itu belum masuk bab pergi jalan-jalan time dia nak rehat...
lihatlah betapa tak berhati perutnya saya...
sebab itulah saya nak duduk sendiri...
nak duduk jauh dari dia...
so that saya tak menyusahkan dia seperti sekarang...
bukan nak duduk jauh sebab nak cari lain ye...
cuma saya tak mahu terlalu bergantung pada dia...

saya baru aje call satu budak ni...
nama dia aisyah...
saya terbaca iklan bilik untuk disewa dari dia di caribilik.my..
jadi saya telefon la dia...
dia cakap bilik yang dia nak sewakan tu bilik medium...
kalau saya nak pindah masuk dekat situ, saya akan dapat seorang roomate... :)
deposit dia cuma RM200, monthly pulak RM150..
mahal tak agak-agaknye???
besok boleh pergi tengok bilik...
kalau okay, saya pindah situ aje la...
lokasi dia, biarlah rahsia... :)
bila dah confirm baru saya bagitahu...
dah tak sabar nak pergi tengok bilik tu...
mintak-mintak la tak ada apa-apa halangan bila saya nak pindah keluar dari rumah yang sekarang ni...
wish me luck... ♥


p/s: masih dalam usaha mencari kerja baru...

Tuesday, June 14, 2011

Kerja oh Kerja..

oh my... oh my...
its almost three months i've worked here...
that's mean my contract will end soon...
argh... how i just hate it...

saya dah la tak berapa rajin nak cari kerja baru...
banyak benda nak kena buat...
nak kena belek paper sehelai-sehelai cari kerja kosong...
bukak jobstreet, pergi Kelly Services semata-mata untuk sebuah pekerjaan..
lepas tu nak kena pergi interview bagai..
sangat la meletihkan...



kan best kalau dah ade kerja tetap...
tak de la nak kena bersusah-payah macam ni...
tapi nak buat macam mana kan, terpaksa la saya terima ini semua dengan hati yang terbuka...



p/s: doakan saya dapat kerja tetap ye... :)

Monday, May 30, 2011

new day...

a new day of a new week has begun...
and because of that, today i decided to wear 'tudung' to work... :)
at first i felt a bit awkward...
as if other people were looking at me like i'm wearing a weird cloth..
but i think its only in my head...
after all i haven't wear 'tudung' for almost half of this year...
considering the gap between the last time i'm wearing it until now i think that's the reason why i got those feelings.. (hehe)..
the reason why i love wearing tudung is the fact that i don't have to worry about how my hair looks like...
how miserable or how messy it is, its not my concern anymore... :)


but there's only one major problem here which is; i don't have enough office outfit to fit with it...
even if i'm not wearing tudung, i still don't have enough office outfits..
i'm just too lazy to go to the shopping complex to buy clothes...
the fact that i have to try all of the clothes that i 'berkenan' before buying it and 'beratur panjang-panjang' before i get to the cashier just makes me lazy...
&& thats the reason why i don't have enough office attire... :D
but now i guessed its time for me to throw away the laziness of going shopping and start buying something nice for work purpose... :)


p/s: badan still letih lagi gara-gara pergi Hari Belia Negara semalam... rasa macam nak duduk rumah berehat je...

Friday, May 20, 2011

upgrading... updating.. uploading...

the past few days i've been upgrading my blog, updating my post and uploading some pictures to it...
i've change the background, the font colours and types and also the title of my blog...
and i'm actually happy with what i've done...
my blog looks pretty now... :)

Thursday, May 19, 2011

Lipas oh Lipas...



Jam sudah menunjukkan pukul 4.12p.m...
Masih ada satu jam lagi sebelum aku boleh balik..
Mata aku dah terasa berat sangat dah...
Memang dah tak larat nak bukak.
Bagai ditarik-tarik minta ditutup...
Apabila mata mengantuk, kepala mula terasa berat...
Kerja ku pula cuma duduk mengadap komputer sahaja...
Memang terbaek la kan...
Telefon sekali sekala sahaja berbunyi...
Kebanyakan masa ku hanya di isi dengan mengadap komputer hinggakan aku sudah tidak tau nak buka apa lagi dekat dalam internet ni...
Aku rasa seperti mahu balik dan tidur sahaja...

Ini semua gara-gara lipas yang telah menggaganggu lena ku malam tadi... ...
Sedang aku tidur lipas itu merayap di rambut dengan tangan aku...
Dan kerana itu aku telah membuat operasi membunuh lipas pada jam 2 pagi itu...
Lipas itu memang telah banyak menyusahkan aku...


Ceritanya bermula begini:

Sedang aku lena di buai mimpi, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu sedang bergerak-gerak di hujung rambutku yang tak berapa nak panjang ini... Lalu aku angkat kepala ku ini dan menoleh ke atas bantal ku mencari-cari sekiranya ada binatang yang bergerak-gerak di situ... Tetapi aku tak nampak apa-apa(maklumlah separuh sedar)... Setelah aku pasti tiada apa-apa di atas bantal ku, aku pun menyabung semula tidur ku... Selang beberapa minit, aku merasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak di lenganku... Ku goyang-goyangkan lengan ku kerana ku fikir ia adalah rambut(gara-gara sesungut lipas tu).. Beberapa saat kemudian, ku rasakan seakan-akan ada benda yang merayap di lenganku itu... Ku buka mataku untuk melihat apa sebenarnya yang berada di lenganku itu... Terkejut sungguh aku apabila aku melihat seekor lipas yang gemuk berada di lenganku itu.. Dengan cepat-cepat aku goyangkan tangan ku sekuat-kuat yang mungkin... Dan lipas itu ter campak ke tempat lain... Selepas itu aku cuba untuk melelapkan mata sambil berfikir ke mana lipas tadi tercampak... Takut sekiranya lipas itu kembali menyerang aku, aku pun mencari ke mana lipas itu telah pergi... Bertemankan lampu handphoneku, aku mula mencari kelibat lipas itu tadi... Ku suluh ke bawah, tak ada... Ku suluh ke kanan, pun tak ada... Bila ku suluh ke kiri.... Tu dia... Tengah merayap-rayap dekat anak sedara aku... Ku buka lampu dan aku terus berlari mencari surat khabar untuk di gunakan bagi membunuh lipas itu... Apabila aku sampai semula di tempat aku tidur, aku nampak lipas itu sedang memanjat dinding... Lalu aku ambil rotan yang tergantung dan ku pukul lipas itu menggunakan rotan itu... Tapi tak kena... Ku cuba pukul lagi, pun tak kena jugak... Bila aku cuba hendak pukul buat kali ke-3, dengan tidak di sangka-sangka lipas itu melompat ke bawah... Serentak dengan itu, aku pun melompat sekali... Takut sekiranya lipas itu terbang ke arah aku... Bila lipas tu dah ada dekat bawah, aku tunggu masa yang sesuai untuk memukul lipas itu.. Lipas itu berjalan di atas badan anak sedara ku sampai la ke hujung kaki dia... Bila dah sampai hujung dia terus melompat turun ke lantai dan serentak dengan itu aku baling buku ke arahnya... Tapi tak kena... Laju je lipas tu lari... Aku ambil surat khabar yang telah ke lipat menjadi dua dan aku baling ke arah lipas itu... Dan aku berjaya... Lipas itu terperangkap di bawah surat khabar yang ku baling tadi... Aku ambil buku yang sebelum itu ku gunakan untuk membaling lipas itu dan aku letak di atas surat khabar... Dengan perasaan geli aku pijak buku dan surat khabar itu... Bila aku terasa seperti aku sedang memijak lipas itu, bulu romaku terus berdiri... Geli yang amat... Ku hentak-hentak kaki ku di atas surat khabar itu dan bila aku sudah tidak sanggup menahan geli, aku ambil mainan anak sedaraku, Ayyad dan ku ketuk-ketuknya di atas surat khabar itu dengan harapan lipas itu penyek... Apabila aku yakin yang lipas itu telah mati, aku kembali menyambung tidur malamku... Aku tersedar semula apabila jam locengku berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi... Aku bangun dan aku tengok sahaja surat khabar yang menjadi penjara bagi sang lipas yang telah mengganggu tidur malamku... Sampai sekarang aku tak pasti sekiranya lips itu mati ataupun tidak... Aku tak berani nak angkat surat khabar itu dan tengok keadaan lipas itu... Risau sekiranya ia tidak mati dan mengganggu ketenangan pagi ku...


p/s: dah 3 kali lipas merayap-rayap dekat kepala & tangan masa tengah tidur...

Wednesday, May 18, 2011

Kahwin... Kahwin....

Suka aku tengok gambar kawan-kawan aku kawin...
Terharu pun ada...
Semuanya tersenyum ceria...
Bila lah aku nak merasa naik pelamin...





Kadang-kadang aku rasa tak sabar nak kawin...
Kadang-kadang pulak aku rasa yang sebaliknya...
Hakikatnya, aku memang dah bersedia nak kawin...
Umur pun dah nak masuk 23, nak tunggu bile lagi (itu yg selalu org ckp kat aku)...
Tapi kewangan tak mengizinkan lagi...
Macam mana aku nak kawin kalau duit tak ada...
Lagipun aku belum ada kerja tetap...
Belum ada rumah...
Belum ada kereta...
Macam mana aku nak kawin...
Tak kan bila dah kawin baru nak carik semua tu...
Tak termampu lak nanti...





Kalau boleh aku nak ada semua tu dulu baru aku fikir pasal kawin...
Yang paling penting, aku nak ada kerjaya tetap...
Yang dapat menjamin masa depan aku...
Bila dah ada kerjaya tetap baru aku boleh beli rumah ataupun kereta...
Lepas ada rumah atau kereta, baru boleh fikir soal kawin... :)



p/s: tak sabar nak pergi kenduri kawin kawan sekolah ujung bulan ni...

Thursday, May 12, 2011

AKU TAK SUKA KAU!!! FAHAM!!!!

pagi-pagi dah kena marah... memang menyampahla aku kerja dengan dia... aku tak suka dia... tak pernah aku jumpa orang yang berlagak macam dia... ape yang aku buat semua nya tak betul... semuanya tak kena pada mata kau kan... aku tau la aku ni orang baru, kau pulak orang lama... tapi tu tak bermaksud kau boleh nak marah-marah aku... kau bukan nya ada pangkat pun dekat company ni... setakat dah kerja bertahun-tahun && rapat dengan Datuk; staff lain pun ada yang macam kau la... tapi diorang okay je... takde nak marah-marah aku tak tentu pasal.. tapi kau pulak yang lebih-lebih kan... aku balik lambat pun salah... bukan nya aku kacau orang lain buat kerja pun... aku just duduk dekat meja aku ni main computer... rasanya tak salah kan... lagipun bukannya kau ataupun company tempat kau kerja ni yang bayar gaji aku, Kelly yang bayar gaji aku okay... so yang kau suka-suka nak marah-marah aku apesal... suka hati aku la nak balik pukul berapa pun... yang kau sibuk kenapa... sakitnya hati aku....

Monday, April 18, 2011

New Job..

Hari ini masuk hari ke-5 aku kerja di syarikat Senai Airport Terminal Services (SATS).. So far kerja aku tak la susah.. Kerja pun as receptionist memang la tak banyak kerja kan. Jawab in coming call, accept surat-surat and tunggu orang call.. Masa yang selebihnya aku online FB, main game && googleling(betul ke aku eja ni??).. Heheh.. Office mate semua okay.. Baik-baik belaka.. :) Memang seronok la kerja kat sini.. Next week, office akan pindah dekat bangunan baru.. Dekat Maju Junction.. Lagi dekat dengan kolej.. Tapi jauh dari C.M.. Sekarang ni aku g kerja naik bas dengan jalan kaki je sebab office yang sekarang ni dekat dengan Masjid Jamek.. Buat apa nak tambah RM1 untuk datang office sedangkan boleh jalan kaki je.. Tapi bila dah pindah dekat Maju Junction nanti, kena la aku korbankan duit RM1 aku untuk tambang dari C.M ke sana.. :( Kan bagus kalau office ni tak pindah.. Hmm...

Thursday, March 17, 2011

Hari ke-4 berada di kampung halaman..

Dah 4 hari aku dekat kampung... Rasa macam tak nak balik... Rasa macam nak duduk sini selama-lamanya je... Layan kerenah anak-anak sedara aku yang sangat mencuit hati.. Berjalan-jalan keliling kampung di petang hari... Seronok sangat... Hilang segala rasa gundah-gulana aku... Tapi malangnya, aku bakal meninggalkan kampung halaman aku ini... Pulang ke kehidupan seharian aku di bandar Kuala Lumpur yang tak pernah tidur... Yang tak pernah sunyi dari bunyi kereta dan motorsikal... Ahhh... Betapa aku akan merindui kehidupan di kampung...

Tuesday, March 15, 2011

at my hometown...

Hari ni hari kedua aku kat kampung aku, Felda Chemplak. Dah lama tak balik sini rasa macan janggal nak buat semua benda... Aku balik dengan adik aku & 2 orang anak akak aku; Aina & Ayyad... Atas rumah boleh tahan kemas tapi luar rumah...... Astaghfirullahhalazim.... Tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata.... Hmm... I wish I had plenty of money so that aku boleh renovate rumah ayah ni... Buat tempat yang lebih selesa untuk dia.... Hmmm...

Saturday, March 12, 2011

hi...

its been a while since my last post... macam-macam yang dah terjadi sepanjang tempoh tu... ada yang happy and ada jugak yang membuatkan aku stress... tak kurang juga yang sedih.. of all that happened i managed to survived dan berusaha menjadi lebih tabah dan kuat... right now what i really need to do with my life is finish up my diploma yang aku rasa dah sgt lama aku ambik and cari kerja secepat mungkin... hope i can achieve that...

chaiyok, chaiyok... =)