Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


Monday, April 23, 2012

New Born Magazine

Selamat hari Isnin semua.
Hari ni saya nak cerita sikit tentang satu jenama magazine yang baru.
Saya dapat tau pasal magazine ni pun dari blog nurul cakap-cakap.
Sebenarnya dari awal bulan lagi saya cari magazine ni.
Tapi baru sekarang saya dapat memilikinya.

Hari tu ada ternampak di Mynews.com masa nak pegi kerja.
Tapi tak sempat nak beli sebab time tu dah lambat nak pergi office(bangun tidur lambat la katakan).
Jadi saya terus aje jalan pergi tunggu LRT sambil dalam kepala fikir nak beli magazine tu besok.
Tup tup bila saya pergi kedai tu besoknya magazine tu dah tak ada.
Kecewa okay time tuh.

Selepas dari hari tu saya dah tak fikir pasal magazine tu lagi(tak teringat sebenarnya :D).
Tiba-tiba pada satu pagi yang hening(pagi tadi la tu), saya ternampak magazine tu lagi.
Dekat kedai yang sama, tempat yang sama.
Dan dengan pantasnya dan tanpa berfikir panjang saya terus ke kedai tersebut dan sambar itu magazine.
Walaupun keadaan kewangan tidak berapa enak sekarang ni tapi saya gagahkan juga diri saya untuk megeluarkan duit dan bagi pada cashier.
Nasib saya baik, magazine tu dah tinggal satu copy je.
Sekarang ni saya sangat happy sebab dah dapat beli magazine tu.

Mesti dalam kepala korang sekarang ni korang tengah pikir 'magazine apa la yang budak senget ni tengah cerita sebenarnya' kan?
Haa... Magazine inilah.



Hijabista, the new addiction.
Apa yang saya boleh katakan tentang magazine ni.
Magazine ni sangat bagus dan bermanfaat untuk merela-mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hijab.
Dan bagi mereka-mereka yang sudah berhijab, mereka boleh mendapat tips-tips fesyen dan cara-cara memakai hijab yang funky dari dalam magazine ini.
Tidak perlu bersusah payah melawan arus internet yang sekajap okay sekejap tak tu semata-mata nak cari trend-trend hijab yang terkini.
Anda hanya perlu beli magazine Hijabista ini, anda buka, anda selak dan anda observe sahaja dari dalamnya.
Sangat mudah dah menjimatkan masa bukan.
Jadi kepada yang belum dapatkan magazine ini silalah dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran atau berjauhan dari anda. (dah macam bagi ceramah la pulak)
Trust me, it's worth every cents you spend.



Friday, April 20, 2012

:-)

Hi all..
Have a bless Friday.

Thursday, April 19, 2012

To Do or Not To Do

Kebelakangan ni saya selalu terjah blog-blog yang berkaitan dengan perkahwinan.
Kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog-blog bride-2-be.
Memandangkan saya mungkin akan berkahwin tahun depan, jadi sebab itulah saya selalu baca blog2 mereka.
Cara mereka merancang mereka punya majlis, baju nikah+sanding prep, hantaran, DIY items dll.
Dan oleh kerana itu saya pun macam terinspired untuk buat blog macam mereka tapi saya takut saya tak dapat nak beri commitment pada blog tu nanti.
So, sekarang ni dalam dilemma sama ada nak teruskan buat blog b-2-b or not.
Hmmm....

Wednesday, April 18, 2012

Bawak Handbag ke Batu?

Tu la soalan yang saya selalu dengar dari en.man.
Dah memang habit saya suka bawak barang banyak-banyak dalam handbeg.
Sebab tu la saya suka handbag yang besar-besar.
Lagi besar lagi best, boleh letak camera muncung yang besar tu skali.

Biar saya describe sikit apa yang ada dalam beg saya sekarang ni:

1. payung- saya pegang pepatah 'sediakan payung sebelum hujan', sebab tu saya bawak payung ke mana saja saya pegi. (boleh pakai time panas jugak)

2. notebook kecil- ada 3 actually. 1 khas untuk checklist kahwin(barang2 hantaran, design baju dll), 1 lagi still kosong (dapat masa pergi wedding jiran kampung en.man) dan 1 lagi buat conteng2.

3. payslip- still tengah pikir tempat yang sesuai nak simpan itu payslip.

4. wallet- penuh dengan resit-resit ATM, member cards, ATM cards, IC & duit yang tak berapa nak banyak(dilemma biasa di tengah bulan)

5. kertas-kertas- tak tahu asal usulnya

6. makeup- tak rajin nak makep pagi-pagi dekat rumah, so bawak semua mekap & mekap dekat ofis je.

7. kunci ofis- amanah yang dipikul oleh kebanyakkan receptionist seperti saya.

8. usb cable- untuk charge bateri handphone & transfer gambar.

9. getah+ klip rambut- supaya rambut saya sentiasa kemas(kemas ke?)

10. map- map Malaysia, map KK(ambik masa holiday haritu) & map KL(ambik kat KLIA & KL Sentral time kerja ERL dulu)


Sangat merepek kan barang-barang yang ada dalam beg saya.
Sebab tu la en.man selalu bising dekat saya.
Cakap beg saya lagi berat dari besi dekat kilang tempat dia kerja tu.
Dan jawapan saya kepada dia adalah, 'Like I care. Orang yang bawak okay bukan kamu. So senyap je boleh'.
Hehe. Kejam kan jawapan saya.

Tuesday, April 17, 2012

Gambar-gambaran

Oleh kerana dah lama tak upload gambar di Facebook, jadi hari ni saya upload sebanyak mungkin gambar di sana.
Setiap kali keluar mesti amik gambar lepas tu biar dalam camera sampai berhabuk.
Ye lah, rumah saya tak ada computer; laptop saya pulak dah rosak sebab tu semua gambar-gambar duduk dalam camera.
Bila ada can upload gambar, hambik kau semua saya upload.
Setengah hari upload gambar untuk satu album saja.
Ish, ish, ish.

Saya suka amik gambar tapi kedudukan gigi saya tak teratur sebab tu saya senyum tak nampak gigi.
Kadang-kadang terfikir nak pakai braces tapi ramai yang tak kasi especially en.man buncet saya.
Dia selalu kata 'buat apa nak pakai braces, kalau tak pakai pun b sayang kmu.'
Saya tahu la dia sayang saya tapi salah ke saya nak ada gigi yang cantik sikit?
Owh, iye memang salah di sisi agama.
'Mengubah ciptaan Allah' kata adik saya.
Baiklah, saya akan cuba tinggalkan hasrat saya tu.
(buat masa sekarang la. :D)
Kamu-kamu semua yang membantah saya pakai braces boleh suka-suka sekarang.
(sekarang ni aje lah, lain-lain kali belum tentu kalian boleh suka-suka)

p/s: suka tengok orang yang gigi dia tersusun rapi. jealous I u olls.

Monday, April 16, 2012

Disaster Weekend

I think my weekend can be described as a disaster.
I have to baby sit my 6 nephews and nieces.
The babies are easy to handle, but the big ones....
OMG... Sakit jiwa ooiii...

For me being a baby sitter is a very challenging job.
It teach us more about responsibilities towards other persons child, and also how to control our anger.

But sometimes, I just can't handle all that.
It's not like I hate being a babysitter.
I love it.
Its just that sometimes the kids pushed my patience to the max limit.
And I just can't stand that.

Being a person with a minimum level of patience is really hard.
I tend to get really angry over a small mistake.
I hate to scold the kids, but sometimes their attitude is just can't be accepted.

Sometimes, I wish that I could stay at a different house.
So that I don't have to heard them screaming and shouting at each other.
So that I don't have to go over there and start scolding them.
How I wish I could control my anger.

p/s: Sorry, saya berblog dalam bahasa inggeris lagi. Saya rasa sangat pelik kalau saya berblog dalam bahasa melayu. Tapi akan ku cuba untuk berblog dalam bahasa melayu denagn lebih kerap lagi. Till then... 


Friday, April 6, 2012

Salam Jumaat..

Selamat menyambut Hari Jumaat semua...
Semoga hari ini membawa keberkatan kepada anda semua..
Amin..

Wednesday, April 4, 2012

Berhijrah

Morning u olls...
Start dari hari ni, saya akan berblog di dalam bahasa melayu..
Bukan apa, cuma nak memartabatkan bahasa ibunda kita.. =)
Kalau ada terselit english sikit-sikit harap maafkan la ye...
Kadang-kadang otak saya ni tak dapat nak berfungsi dengan betul..
Tak boleh nak translate ayat dari english ke melayu even ayat yang sangat mudah..
Biasa lah, dah tua la katakan..

Hari ni ada sorang staff baru masuk company tempat saya bekerja ni..
Comel orang nya..
Muda setahun dari saya..
Orang Johor u olls... I like...
Yang best nye, saya suka tengok style dia..
Pakai tudung tapi pandai bergaya okay..

Saya pun tengah berkira-kira nak pakai tudung balik..
Banyak dugaan nya kalau berhijrah ke bertudung ni..
Akan ada aje mulut-mulut sumbang yang bercakap..
Akan ada aje bisikan-bisikan yang menghalang..
Lebih-lebih lagi saya suka pakai tudung belit-belit..
Ada aje la yang ikut suka mulut cakap macam-macam...
Nanti mesti akan ada yang cakap saya nak jadi macam Yuna, Hana Tajima dan yang lain-lain..
Akan ada yang yang cakap saya pakai tudung sebab fesyen..
Saya tak suka tahu tak...

Sebab tu saya tak teruskan pakai tudung dulu..
Saya ni mudah terasa hati..
Hati saya ni kadang-kadang sensitif tak bertempat..
Oleh kerana saya suka pakai tudung belit-belit saya di kutuk..
Salah ke kalau saya tak suka pakai tudung express...
Saya rasa macam makcik-makcik je pakai tudung express ni(no offend to those yg pakai tudung express ni ye)..
Even nak pergi kubur arwah mak saya pun saya pakai tudung belit-belit..

Tapi tulah, oleh kerana mulut-mulut busuk yang suka condemn cara saya pakai tudung, saya terus tak pakai dah..
Pada hal, saya dah pakai tudung belit-belit sebelum Yuna famous lagi..
Saya tak suka kalau orang tegur berkenaan apa yang saya pakai..
Kalau ada orang yang tegur baju saya macam 'Ah So', memang lepas tu saya tak pakai baju tu depan orang yang tegur saya tu..
Senang kata, saya tak suka di kritik..
Saya bukan seorang yang boleh terima teguran straight away..
Saya akan buat muka & merajuk dulu sebelum saya dapat terima teguran tersebut..
Teruk kan perangai saya...

Tahun ni saya akan cuba untuk pakai tudung semula..
No matter what happens..
Kalau ada orang yang kutuk saya depan-depan saya, tau la macam mana saya nak ajar mulut dia tu...
Saya akan istiqamah dalam mencapai hajat saya ni...
Lagi pun setahun dari sekarang saya akan berkahwin, so its better kalau saya berubah dari sekarang kan..
Tak kan bila dah kahwin baru nak berubah..

Sekarang ni saya tengah berusaha cari kelas agama..
Saya nak belajar agama..
Saya rasa kehidupan saya ni dah jauh menyimpang dari ajaran Allah..
Saya nak belajar mengaji semula, nak belajar cukupkan sembahyang 5 waktu..
Saya tengah berusaha untuk tinggalkan segala larangan-Nya..
Saya tengah berusaha untuk menjadi muslimah yang di redhai oleh-Nya..
Mintak-mintak la apa yang saya hajatkan ni boleh tercapai dalam tahun ni..
Amin..

p/s: Nak pergi daftar mengaji hujung minggu ni... =)

Monday, April 2, 2012

How I Spend My Weekend

Hi all.

I can't believe its already April.
Quarter of the year has already leave us.
How fast time flow until I have to struggle to keep up with it.
I just hope that I can keep up with them.

Last Saturday, my office held birthday bash for our staff. It was held at U-Bowl, One Utama.
It starts from 10 am until 1 pm.
We compete in bowling game and to my shocked, my team won the 2nd prize.
How awesome is that? We didn't expect we can get 2nd place so when we heard the news we felt extremely happy(berbaloi tangan sakit).
It ends with a blast as everyone is happy with the event.
Can't wait for the next birthday bash.

*Went shopping at Times Square yesterday. Bought 2 blouse, 1 jacket and 1 long-skirt(bought at Jln TAR). mood: happy.. =)