Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Tuesday, October 23, 2012

Victoria Secret's Freak

Assalamualaikum & Hai

Victoria Secret (VS), whats not to love about them.
First time aku kenal VS tahun 2008.
Masa ni akak aku ada pakai body mist VS.
Aku tak ingat nama dia tapi yang aku tau body mist tu warna purple.
Bau dia wangi sangat-sangat.
Aku selalu curik-curik pakai time nak pegi kelas.
Memang in love habis la dengan body mists tu.

Tahun 2010, first time aku kerja and ada duit sendiri.
Time tu tak terfikir langsung nak beli VS ni.
Until satu hari tu aku jumpa satu page dekat FB yang memang jual VS body mist.
Happy gile time tu sebab boleh beli sendiri and pakai banyak-banyak.
Aku pun terus order satu bottle body mist.
Tak ingat jugak nama dia.
Yang aku beli tu warna purple jugak tapi bau dia lain sikit dari akak aku punya.

Bila body mist tu dah sampai rumah terus aku spray dekat badan.
Happy yang teramat sangat time tu.
Setiap hari pakai.
Nak pergi kerja pakai, nak pergi kelas pakai, nak pergi dating pakai, even nak pergi kedai bawah rumah pun pakai jugak.
Obsess gile kan.
Setahun lebih baru habis satu botol tu walaupun aku pakai almost every day.
Gile jimat kan.

Sekarang ni dalam collection aku ada 3 bottle VS.
Satu body mist Pure Seduction (beli tahun lepas, dah tinggal suku).

Satu body double mist Cupquake (beli before raya baru pakai suku, bau Vanilla) 
And satu lagi fragrance mists Sweet & Flirty ( baru beli hujung bulan lepas, dah pakai suku. bau dia sweet sangat2, everyday pakai).


Insya allah, hujung bulan ni beli lagi satu bottle body mist.
Akak aku yang dekat kampung nak satu botol.
Alang-alang dah beli untuk dia aku beli untuk aku sekali.
Beli dua botol RM100, free postage.
Jimat kan?

Nak tau aku selalu beli kat mana?
Haaaa... Sila la bukak page ni.
Aku selalu beli dekat situ.
Senang deal dengan owner blog tu.
Kalau kita nak book dulu pun boleh.
Tapi make sure bayar exactly on the date yang kita janji dengan dia nak bayar.
Selalu nya dia akan pos one day after dia receive payment.
And sampai satu ke dua hari after.

So, to those yang nak rasa nak beli VS tapi macam malas nak pergi boutique dia sebab takut overspend (aku la tu), memang aku recommend kat korang beli dengan dia.
Servis tip top wa cakap lu.
Sekarang ni aku nak cuci mata dekat blog dia, lagi.
Till then.... Have a nice day peeps.


p/s: the website again: http://prettylittlethingz.blogspot.com/
have fun buying. :)

Thursday, October 18, 2012

Us


Wednesday, October 17, 2012

How Many Months?

Assalamualaikum & Hai

13 more months until my special day. Insya Allah.
Itu pun kalau Allah panjangkan umur & jodoh kitorang.
Dah boleh start plan nak tema apa, colour apa.
Nak buat dekat mana, pukul berapa, hari apa.
Nak bagi apa dekat en.man, dekat guest besar dgn guest kecik.
Nak jemput berapa ramai orang.
Nak bagi makan apa.
Nak itu, nak ini. Banyak nye benda nak kena plan.

To tell u the truth, aku dah start plan lama dah.
Start dari lepas tunang dulu.
Overexcited kan hahkak ni.
Aku dah tau dah nak bagi apa dekat man.
Dah siap plan nak bagi apa dekat diri sendiri sekali. Muahahaha.
Nak beli barang yang aku tak pernah termampu nak beli.

Kitorang target by end of this year nak start beli barang hantaran.
Yelah, hujung tahun kan ada YES so barang mesti la a bit cheaper kan.
Boleh beli perfume, handbag, kasut dengan kain untuk buat baju dengan harga yang sedikit murah.
Tak gitu?
Cuma sekarang ni aku tengah confuse, nak beli kain meter dekat mana.
Mana satu yang lagi murah, Nagoya, Kamdar atau Jakel?
Orang tak biasa beli kain meter la katakan.
Boleh tolong suggest nak beli kat mana tak?
Betul-betul tak tau ni.
Tolong ye. :) (kelip mata banyak kali)


*Bella is overexcited. Muahaha

Wednesday, October 10, 2012

Keletihan

Assalamualaikum & Hai

Pernah tak korang rasa letih almost one week?
Saya selalu kena.
Sekarang ni badan rasa letih sangat-sangat.
Dah tiga hari tak hilang-hilang jugak.
Semua ni gara-gara event hari Ahad haritu la.
Buat kerja tak banyak tapi letih dia melampau sangat.
Badan terkejut tiba-tiba kena kerja hari Ahad kot.
Orang dah biasa cuti hari Ahad la katekan.

Ahad haritu, company tempat saya kerja ada buat event.
Grand finale untuk rancangan Over The Top.
Ala, program budak2 yang selalu keluar dekat TV3 setiap hari Sabtu pukul 10 pagi tu.
Program tu la yang company saya buat.
Yang nama IslandTalk Asia tu.
Company tu la.

Actually saya tak kerja direct under IslandTalk.
Saya kerja under Vconnect Asia.
Company tempat saya kerja ni ada lagi 3 sub-company.
Salah satunya IslandTalk tu la.
Tapi memandangkan diorang tak cukup staff, boss mintak saya tolong diorang jaga registration counter.
Saya pun dengan rela hati tolong diorang.
Yelah bukan senang nak masuk Sunway Lagoon free(bukannya dpt main games free pun). 

Pada hari kejadian, saya bangun lagi awal dari biasa.
Before azan subuh saya dah terjaga.
Saya janji dengan boss nak jumpa dekat LRT Kelana Jaya pukul 7.30.
Tapi saya keluar rumah pukul 7.10.
Biasa lah perempuan kan.
Nak mandi, iron tudung, mekap lagi.
Nasib baik saya sampai 20 minit before boss saya sampai.
Kalau tak kena pergi sendiri la jawabnya.

kitorang sampai sana quite early actually memandangkan registration counter bukak pukul 10.
Saya dengan kawan saya pun duduk la dekat kaunter tu tunggu sampai pukul 10.
Before pukul 10 dah ramai budak2 yang sampai.
Total kids yang participate dlm final show ni around 180++.
Finalist cuma 6 orang je tapi penyokong dia sampai nak dekat 200.
Imagine, kitorang kena handle counter yang penuh dengan kanak-kanak ribena.
Havoc weyh. Pening kepala nak kena handle sorang2.
Macam-macam hal.

By pukul 11 bila semua dah masuk Sunway Lagoon, terus jadi sunyi sepi.
Pelik pulak rasanya.
Lepas dah habis semua budak-budak daftar, saya pun masuk sama dalam Sunway Lagoon.
Time tu semua kids dah berteraburan ikut caretaker masing-masing.
Pukul 1 kitorang lunch.
Sekali dengan kids. Riuh rendah jadi nya.
Kitorang makan burger & fries from Marrybrown.
Dah lama tak makan burger Marrybrown, sedap.

Lepas lunch, final challenge untuk finalist start.
Kalau korang nak tau apa challenge dia & siapa pemenangnya, kena la tengok hari Sabtu minggu depan. :)
Tinggal lagi dua episode je pun before final.
Nanti korang boleh tau ape yang challenge apa yang diorang buat, sapa pemenangnya & also grand prize dia.
Kalau saya ceritakan kat sini tak surprise la nanti kan. :)

Lepas dah bertungkus-lumus menjaga budak, around 5.15pm kitorang pun balik.
Badan memang teramat sangat lah letih.
Sampai-sampai rumah masak kejap lepas tu terus blank.
Sampai la ke pagi.
Bila dah pagi mula la rasa berat nak pergi kerja.
Kalau boleh nak duduk rumah, tido.
Tapi mengenangkan nenek kebayan yang ada dekat office ni terpaksa la ku gagahkan juga badanku ini untuk ke office.

Walaupun letih, saya seronok dapat join event macam ni.
Before this tak pernah pun terfikir dapat pergi event yang macam ni.
Hopefully, in the future kalau ada lagi saya nak volunteer diri sendiri untuk join.
Dapat banyak pengalaman.

Gambar saya akan upload lepas final episode dah keluar dekat TV3 ye.
Tak best la kalau tunjuk sekarang.
Till then. :)

p/s: weekend ni nak rehat sepuas-puasnya. muahahahaha



Happy Wednesday





*two more days before weekend comes.

Tuesday, October 2, 2012

Apabila Wang Mengatasi Akal Fikiran

Assalamualaikum & Hai

Apabila wang mengatasi akal fikiran manusia, manusia mula menjadi angkuh.
Mereka lalai dan leka kerana terlalu sibuk mengejar wang ringgit untuk kesenangan hidup, hinggakan mereka lupa pada orang lain.
Mereka lupa pada anak-anak, mereka lupa pada keluarga, mereka juga lupa pada kawan-kawan yang selalu mengambil berat tentang mereka.
Mereka sanggup tinggalkan anak-anak mereka tanpa makan, tanpa didikan dan tanpa perhatian demi mengejar kekayaan dunia yang sementara.
Kenapa mesti ada manusia yang begitu di dunia ni?

Adakah mereka lupa wang, harta dan kekayaan tidak boleh di bawa mati?
Dan adakah mereka lupa bahawa amalan-amalan kita yang bakal menyelamatkan kita semasa di akhirat kelak?
Sudah tentu mereka lupa yang anak-anak mereka mampu menyelamatkan mereka dari api neraka?
Ya, mungkin mereka lupa akan semua itu.
Mereka lupa kerana terlalu asyik mengejar harta benda dan wang ringgit.
Mereka lupa kerana mereka terlalu taksub dengan kehidupan mereka sehingga mereka tidak sedar yang mereka telah tersasar jauh dari ajaran agama.
Mereka lupa akan suruhan Allah.
Mereka lupa akan tuntutan Allah.
Dan mereka lupa akan azab dan siksaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Kenapa mesti mereka ikutkan nafsu sehingga sanggup mengabaikan anak-anak mereka sendiri?
Kenapa mesti mereka tinggalkan keluarga untuk kehidupan yang tidak pasti?
Kenapa mesti mereka hina dan caci ahli keluarga mereka yang hanya ingin menolong?

Mungkin mereka tidak sedar akan niat baik ahli kelurga mereka.
Mungkin mereka tidak sedar ahli kelurga mereka bersusah-payah mencari mereka demi anak-anak.
Sifat mengambil berat dan prihatin yang di tunjukkan oleh ahli kelurga mereka di salah ertikan sehingga mereka sanggup menuduh ahli keluarga mereka cuba untuk menjatuhkan mereka, cuba untuk menentukan hala tuju hidup mereka.
Kenapa mereka sanggup berkata begitu kepada ahli keluarga sendiri?
Kenapa mereka sanggup berlaku begitu kejam terhadap ahli keluarga yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka?

Mungkin mereka fikir kawan-kawan dan sahabat handai lagi penting dari ahli keluarga mereka.
Kawan-kawan dapat menghiburkan mereka di kala mereka gundah.
Kawan-kawan dapat sama-sama menghayati kehidupan yang mereka idamkan.
Tentu mereka tidak terfikir yang kawan-kawan mereka itu boleh tinggalkan mereka.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di saat mereka susah dan memerlukan bantuan.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di sana saat mereka memerlukan sokongan dan dorongan.
Mereka tidak fikir akan semua itu.
Kerana itulah mereka sanggup berkata buruk dan membelakangkan ahli keluarga mereka.

Bila sampainya masa mereka tersedar akan hakikat itu, ahli keluarga mereka sudah tidak mahu menolong mereka lagi.
Pada waktu itu baru mereka tahu langit itu tinggi dan tidak boleh digapai dengan tangan.
Pada waktu itu, mereka akan mula rasa bersalah.
Mereka akan rasa bersalah terhadap diri mereka sendiri.
Mereka akan rasa bersalah terhadap ahli keluarga mereka.
Dan tentunya mereka akan rasa bersalah terhadap anak-anak mereka kerana telah mengabaikan mereka selama ini semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia.
Dan pada waktu itu jugalah akan ada segelintir dari mereka yang mengalami tekanan perasaan.

Tetapi, pada waktu itu mereka sudah terlambat.
Sudah tidak ada sesiapa lagi yang mahu menolong mereka kerana apa yang telah mereka lakukan dahulu.
Dan kini, mereka tahu nasi telah menjadi bubur.
Tidak ada apa yang mampu mereka lakukan kecuali berserah pada takdir.
Terpaksa lah mereka menanggung segalanya seorang diri.
Tanpa anak-anak dan tanpa keluarga di sisi.

Oleh itu, ingatlah semua.
Harta dan wang ringgit tidak mampu menjamin kebahagiaan seseorang.
Ya, mungkin orang yang mempunyai banyak wang mampu membeli apa sahaja yang mereka inginkan tetapi mereka tetap tidak mampu untuk membeli kebahagiaan.
Oleh itu, hargailah setiap orang yang ada di sekeliling kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka.
Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang di atas.


*Its been a really though week for me but syukur I've managed to go thorough it. Tidak akan ada seorang pun yang hidup di dunia ini yang tidak di duga. Cuma setiap orang akan di duga dengan dugaan yang berbeza-beza. Terpulang pada kita bagaimana kita nak mengharunginya. Semoga hari esok lebih indah dan baik dari hari ini. :)