Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Wednesday, January 30, 2013

Burger Bakar Kaw2 @ Puchong Perdana

Assalamualaikum & Hai

Hari Isnin hari tu aku, adik aku, ayah aku dengan en.man pegi Puchong.
Aku bawak ayah aku pergi farmasi beli ubat.
Gile jauh kan pergi farmasi dekat Puchong dari Denai Alam.
Orang gile macam aku je yang suka bagi idea macam tu.  Hahah...
Lagipun aku memang nak pergi Puchong.
Saje jalan-jalan.

Lepas bawak ayah aku pergi farmasi, aku bawak diorang pergi makan Burger Bakar Kaw-kaw dekat food court Lokas Makana, Puchong Utama.
Kebetulan pulak time tu aku baru gaji, so aku belanja la diorang makan burger bakar.
Lagipun memang dah lama gile mengidam nak makan burger bakar kaw-kaw tu.
Sebelum ni aku pernah ajak en.man pegi makan dekat Wangsa Maju.
Tapi sampai sekarang dia tak bawak-bawak.
Bila aku tau yang diorang ada cawangan dekat Puchong, aku ajak la en.man pegi tapi sampai ke sudah tak di bawak nya aku.
Sampai la Isnin hari tu adik aku ajak pegi makan, aku pun dengan laju nya setuju.
Yelah, dah nak dekat setahun ajak en.man pegi tak jugak pergi.
Kalau ada baby mau meleleh aje air liur dia sebab tak dapat makan masa dalam perut.

Kitorang terpaksa guna GPS carik food court Lokas Makana sebab masing-masing tak pernah sampai.
Tak nak la aku tanggung risiko sesat.
Dua tiga menjak ni aku asyik salah tunjuk jalan aje. Stress.
Tapi nasib baik jugak la kitorang dah biasa dengan jalan-jalan kat Puchong tu.
Kalau tak sesat jugak kot.
Carrefour Puchong lah landmark aku nak pergi sana.
Lepas dari Carrefour tu aku follow signboard food court Lokas Makana sampai la jumpa.
Dari Carrefour ke food court tu tak jauh.
Dalam 1km je kot.

Sampai-sampai aje dekat sana kitorang terus order.
Tapi before order tu kena tengok dulu nombor dekat meja yang korang nak duduk sebab diorang akan hantar ikut nombor tu.
Even order air pun kena bagi nombor meja.
Aku order double beef cheezynizer.
Adik aku amik double cheezy beef baconizer.
Ayah aku makan beef baconizer & en. man makan burger kawin (ayam & daging) dengan cheese.
Aku amik dua set, dua lagi biasa.
Set dia ada tambah 3 ketul hotdog.
Total semua: RM60.50.

Berbaloi jugak la sebab puas hati.
Aku punya siap bungkus bawak balik sebab tak habis.
Lain kali boleh datang lagi.
Banyak lagi yang aku tak cuba.
Kalau boleh nak try semua sekali yang dekat dalam menu tu. Hahaha...

Sebelum balik tu aku sempat singgah kedai jual tudung kat tepi entrance.
Belek punya belek aku jumpa shawl sakura warna putih.
Wah... Aku apa lagi grab aje la.
Murah pulak tu. Tak payah aku beli dekat Radiusite.
Jimat duit. Dah la masuk dengan colour kain chiffon yang aku beli hari tu.
Nanti just nak tambah manik ikut colour lining baju aku.
Yeay.. Wedding prep aku dah meningkat naik ke 2%.
(baru 2% bella tak payah nak suka sangat eh.. lempang kang....)


taken from my instagram

that's mine yo!!

clockwise: ayah(yg ad hotdog tu), en.man, aku, adik(pun yg ada hotdog)

Terliur tak???? Kalau terliur boleh la pergi try makan. For a burger lover like me, ianya sangat memuaskan hati. :)



p/s: Habis kerja ni nak pergi tengok cerita Juvana. Insya Allah nanti aku buat review eh.

xoxo

No comments:

Post a Comment