Assalamualaikum & Hai!!
Pejam celik, pejam celik dah 20 hari kita berpuasa.
Macam-macam yang dah kita lalui sepanjang bulan puasa ni.
Ada yang baik & ada juga yang tak berapa nak baik.
Di bulan puasa ini kita berusaha kawal nafsu jahat kita.
Kita berusaha menjadi yang terbaik di mata Allah s.w.t.
Dan juga kita berusaha berubah ke jalan yang lebih elok dan di redhai.
Alhamdulillah, ramadhan tahun ni sangat bermakna bagi saya.
Selepas 3 bulan menunggu akhirnya permohonan rumah En. Man di luluskan.
Kalau awal rezeki dia, awal la kami dapat rumah.
Bila saya dapat tau yang permohonan dia dah diluluskan, terus je mood berangan on.
Berangan nak beli TV macam mana, kerusi colour apa, bilik warna apa.
Berangan nak bela kucing dengan ikan ke salah satu je.
Berangan nak letak buai kat depan rumah(apply rumah kos rendah ada hati nak letak buai depan rumah).
Macam-macam lagi lah.
Saya harap dapat rumah tu cepat.
Sebab kalau dapat cepat boleh la kitorang beli barang sikit-sikit.
Nanti bila dah kawin tak payah fikir pasal rumah lagi dah.
Terima kasih Allah atas rezeki yang engkau berikan.
Walaupun acap kali kami lupakan-Mu tapi Kau sikit pun tak pernah lupakan kami.
Aku sangat-sangat bersyukur atas kurniaan-Mu.
p/s: Moga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari ini. Dan moga Allah beri aku kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan. Amin ya rabbal alamin. :)
Bestnyeee! I wish one day my turn will come soon.. :')
ReplyDelete