Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, September 17, 2012

Manusia & Wang

Salam & Hello

Manusia dan wang.
Satu perkara yang tak dapat nak di pisahkan.
Hidup di dunia ni perlukan wang untuk hidup.
Tapi pernah tak kita ter fikir wang yang kita dapat tu dari mana?
Halal ke tak? Diberkati oleh Allah ke tak?

Mesti ada sesetengah dari kita yang tak pernah terfikir kan.
Sebab saya pun macam tu jugak.
Sebelum ni saya tak pernah fikir pun pasal tu.
Apa yang saya tau hujung bulan dapat gaji.
Tak pernah sekali pun terfikir betul ke cara saya cari duit.
Duit saya tu diberkati ke tak.
Tak pernah!

Baru-baru ni saya dapat tau salah seorang orang terdekat dengan saya kerja di kelab malam.
Masa saya dapat tau tu saya terkejut sangat-sangat.
Saya tak sangka dia sanggup buat kerja macam tu.
Saya rasa kesian dekat anak-anak dia.

Disebabkan terlalu kejar wang ringgit, dia sanggup kerja macam tu.
Kalau dia ada rasa malu.
Kalau dia ada maruah.
Kalau dia fikir pasal anak-anak dia, dia takkan buat kerja macam tu.
Saya tak tau la duit yang dia dapat tu halal ke tak.
Berkat ke tak.
Bukan saya yang tentukan semua tu.
Itu antara dia dan Allah s.w.t.

Tapi kalau fikir logik akal mesti la duit tu tak berkat kan.
Bekerja di tempat yang di penuhi hiburan & arak.
Tempat yang di sukai oleh syaitan.
Kerja pun bagi customer minum arak.
Layan customer.
Confirm-confirm la tak berkat kan.
Lepas tu bagi anak makan duit tu.
Nauzubillah.
Ngeri bila saya fikirkan.

Saya rasa kesian dekat parents dia.
Bersusah payah mendidik dia dari kecil.
Sekolahkan dia. Bagi ajaran agama.
Tali bila dah besar macam ni dia balas.
Memalukan mereka.
Kalau la mereka tau apa yang dia buat, boleh mati sakit jantung mereka.

Dia tak fikir yang hidup ni ibarat roda.
Hari ni dia buat parents dia macam ni.
Esok lusa anak dia pulak buat dekat dia benda yang sama.
Dia pun ada anak perempuan.
Apa perasaan dia kalau anak dia yang kerja kat situ?
Mesti dia malu kan.

Memang dah ternyata yang manusia mudah lupa.
Lalai bila ia berkaitan dengan wang ringgit.
Disebabkan terlalu mengejar wang ringgit, manusia tu lupa akan suruhan Allah.
Lupa akan halal dan haram.
Apa yang mereka tau hujung bulan dapat gaji.
Dapat duit.
Boleh pergi shopping.
Beli baju yang tak cukup kain berbeg-beg.
Anak-anak dekat rumah terbiar kelaparan.
Tanpa makanan, tanpa susu.
Yang penting bagi mereka adalah lepaskan diri mereka dulu.
Anak-anak tolak ke tepi.

Kenapa ada manusia yang macam ni ye?
Yang terlalu taksub pada dunia.
Yang terlalu taksub pada wang ringgit.
Sampai meninggalkan suruhan Allah bulat-bulat.

Saya ni pun bukan elok sangat.
Sembahyang still celap-celup.
Tapi alhamdulillah, saya tak terlalu taksub dengan wang ringgit.
Saya bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada saya.

Sejak saya start bayar zakat pendapatan, alhamdulillah rezeki saya banyak.
Dari satu ke satu rezeki Allah bagi dekat saya.
Saya bersyukur sangat-sangat.
Walaupun kadang-kadang tu duit terputus, saya tetap bersyukur.
Bersyukur sebab Allah bagi saya satu hari lagi untuk cari rezeki.

Beleive it or not, saya tak start menyimpan satu sen pun lagi untuk wedding next year.
Berangan je lebih saya ni.
Planner dah siap tapi duitnya tak ada lagi.
Insya allah, ada rezeki saya nanti.
Nak buat benda baik mesti Allah akan tolong.
Saya hanya perlu berusaha, bertawakal & stay positive.
Allah akan permudahkan jalan untuk hamba-Nya yang ingin buat kebaikan kan?

p/s: post ini untuk renungan semua orang. Bukan untuk menilai akan kebaikan dan keburukan seseorang. Itu urusan antara dia dan Allah. Harap semua dapat ambil pengajaran dari apa yang saya tulis ni. Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Amin. :)

Friday, September 14, 2012

Duke & Duchess of Cambridge

Assalamualaikum & Hello

Seperti yang anda semua tahu, Duke & Duchess of Cambridge is in Malaysia yaww.
I was super excited for their visit here.
Tak sabar nak tengok baju apa yang Kate Middleton akan pakai.

Saya adalah peminat tegar Kate Middleton.
Saya suka sangat tengok dia punya style.
Baju-baju dia sangat lawa.
Sapa yang tak nak wedding dress macam Kate?
Just ask any bride-2-be mesti ada some of them yang berangan-angan nak baju pengantin macam Kate.
Sama la macam saya. =)

Kalau di ikutkan hati saya, nak aje saya cuti hari ni.
Pegi Taman KLCC and tengok Kate Middleton & Prince William dari dekat.
Tapi oleh kerana en.man tak bagi saya cuti maka terpaksa la saya bekerja jugak.
Walaupun pada hakikatnya hati saya ada dekat KLCC.

Here are some of her dress that I love d most.
Source from here.






Nak tengok lebih lagi just click the link up there.

p/s: Tak sabar nak tengok baju apa yang dia pakai pegi KLCC pagi ni. 

Tuesday, September 11, 2012

Raya 1: My Soul.

Salam & Hai.

Here are few of my raya pics.
Saya tau saya dah ketinggalan zaman.
Orang lain semua upload gambar raya lama dah.
Tapi saya baru dapat kesempatan nak upload gambar.
Maafkan la saya ye.
Enjoy the pics. :)

4 dara pingitan (Me, Julai, Nina & Athirah)

Dengan Alayna comel.

My siblings
L-R (Abg. Joe (BIL), Me, Kak Tasya (Sis), Luqman (Lil Bro) & Kak Haiza (Big Sis).
Not in the pic, Kak Aisyah (Sis)

Anak buah yang paling kecik (dua-dua sama umur)

Me! =)

Me & my housemate. =)

Us. Again. 

Lana & Rafique

Jiran belakang rumah 

Bersama-sama jiran yang banyak membantu kami sekeluarga semasa susah.

Us.

p/s: Will upload some more later.