Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~
Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Saturday, January 24, 2015

Little Man in My Womb

Assalamualaikum & Hai..

Alhamdulillah, hari ni genap aku mengandung 35 minggu.
Kalau ikutkan due date yang doktor bagi, aku ada lagi 5 minggu sebelum budak kecik dalam perut aku ni keluar.
So far, barang-barang baby yang penting-penting aku dah settlekan.
Yang lain-lain tunggu aku dah bersalin atau hujung bulan time gaji baru beli.
Barang-barang untuk aku guna masa berpantang pun aku dah start beli sikit-sikit.

Sekarang ni baby sangat aktif bergerak especially time malam.
Yelah, siang hari aku bukan reti duduk diam. Ada aje kerja aku buat.
So, bila malam baby ambik kesempatan la untuk gerak.
Kadang-kadang sampai aku tak boleh nak tidur sebab dia terlampau aktif.
Nak tak nak aku kena tunggu dia benti gerak baru aku dapat tido.

2 minggu lepas aku pegi scan 4D.
Member husband aku belanja.
En. Man pun ikut masuk sekali.
Dulu masa first time scan dia ikut masuk tp yg kali ke-2 dengan ke-3 dia tak ikut.
Masa scan kali ke-3 kitorang dah tau gender baby kitorang ni.
Tapi sbb masa tu baby baru 5 bulan so aku macam tak berapa confident sbb baby kecik lagi masa tu.
Tapi bila aku pg scan hari tu doktor confirmkan balik gender baby aku tu.
Alhamdulillah, kitorang akan dapat baby boy.
En. Man of course la orang yang paling happy sebab dapat geng.

Bila dah tau gender tu baru la kitorg excited membeli baju.
Barang-barang untuk bersalin pun aku dah standby siap-siap dalam kereta.
Kalau apa-apa hal nanti senang, tak yah en. Man susah payah cari baju.
Sekarang ni just tunggu baby keluar aje.
Hopefully Allah permudahkan aku bersalin nanti. 

Kat bawah ni aku share gambar baby aku masa scan hari tu. 
Yang besar sebelah muka dia tu uri. 
Baby aku ni pemalu. 
Masa scan hari tu banyak kali doktor cari angle nak tunjuk muka baby tapi tak dapat. 
Baby tutup muka dia dengan tangan dia. 
Kali ke-3 baru dpt gambar ni. 
Alhamdulillah, baby sihat. 

Itu aje la yang aku nak cerita hari ni. 
Bila ada masa aku cerita lagi. 
Till then..


Thursday, October 3, 2013

Two more months

What!!! 2 more months???
Seriously aku tak prepare apa lagi weyh.
Ayah aku la lambat sangat letak tarikh nikah.
Kan dah kelam-kabut sekarang ni.

MUA aku tak book lagi.
Photog, pun tak book lagi.
Kasut kahwin, tak carik lagi.
Yang on progress cuma baju nikah aku je.
Hantaran cuma tinggal beli buah & makanan je.

Arghhh!!!!
Stress melanda...

Saturday, March 30, 2013

People Do Change

Assalamualaikum & Hai

I can't believe we're almost at the end of March.
Honestly, this month have been a terrible one for me.
I resign from my job and struggle to find new one.
Work for a one-day job and didn't get the pay until today.
My wedding preparation didn't go so well.
My family keep on argueing and changing the wedding vanue.
Miss out my beautiful cousins wedding.
And the worst part is, I keep on having arguement with en.man.
*sigh*

Since he came back from mount climbing, he's become a different person.
Always with his phone whatsapping with his so called 'group gunung'.
Keep on talking about them.
About the girls that went there with them.
One minute he tells me about Moon and the next he's talking about Ja.
The next day he talks about them again and again and again.
The same person and the same story.

He even ignore me when we're at restaurant.
He' s so busy that he didn't even listen to me while I'm talking.
He used to be mad at me over the same thing but now he's much more worst than me.

I don't know how he can became like that just by a split second.
He went there for only four days but when he came back, he became a totally different person.
Its almost like I don't know him at all.
Who is that guy inside my fiancee's body?
What have he done to him?
Where did my old fiancee go?
That was the question that always linger around my head.
And its killing me.

I try to be positive about it and just try to adapt with the new situation but I just can't lie to myself.
I don't like this new changes.
Maybe he just shocked over the attention he gets from his new friends.
But I'm not sure if I can accept that change.
I'm used to be his center of attention.
Its always about me but now its always about his new friend.
Sometimes I feel like I've been dump.
Being left over hanging around a conversation or being numb trying to understand what he's been talking about.
And it makes me sad.
Really sad.

With our wedding just around the corner how can he change like that?
I'm not sure what to do anymore.
I'm not sure what to think either.
I just hope he realise what I feel and try to become just like before he went for the trip.

O Allah, please give me guidance and strenght to overcome this situation so that I won't make the wrong decision.
Aminnn.

Monday, February 18, 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Assalamualaikum & Hai

Semalam aku pegi ambik voucher BR1M dekat Pejabat Umno Cawangan PJS.
Excited uolls nak pegi ambik sampai ajak en.man pegi awal konon tak nak beratur panjang-panjang.
Tapi last-last keluar lambat jugak sebab kusyuk tengok marathon Running Man.

Semalam masa aku pergi rumah en.man nak hantar baju, adik dia cakap ada surat untuk aku.
Surat aku memang banyak hantar ke rumah dia.
Yelah, aku kan takde rumah tetap lagi kat KL ni.
Asyik berpindah-randah je.
Sebab tu mana yang aku rasa penting aku akan letak address rumah family dia.
Senang in case ada barang or surat penting takde la susah kalau aku pindah rumah.

Okay, back to the story.
Bila aku tau ada surat aku dekat rumah dia, cepat2 aku jalan pegi rumah dia.
Owh, adik dia bagitau kat aku time aku keluar lift.
Sebab tu aku jalan laju-laju sebab aku nak tau surat apa tu.
Bila aku dapat tau yang tu memang surat BR1M, excited gile la aku.
Yelah, aku dapat surat en.man tak dapat.
Sapa tak suka weyh.
Seronok aku kenakan dia.

Dekat dalam borang tu tulis daftar pukul 8.00 malam.
So dalam pukul 7.45 p.m baru kitorang keluar rumah.
Dekat je pun tempat nak ambik tu.
Kitorang saje je keluar lambat sebab nak elak dengar ceramah.
Tapi rupa-rupanya terpaksa dengar jugak.
Sebab diorang start bagi voucher tu lepas habis ceramah.
Ceramah politik pulak tu.
Hampeh betul.

Dalam pukul 10 p.m baru aku dapat ambik voucher.
Itu pun kena tulis nama & IC sendiri dekat voucher tu.
Satu hal pulak nak kena ambik cuti nak pegi cashkan voucher tu.
Tapi, apa-apapun aku happy sebab dapat BR1M untuk bujang ni.
Yelah, aku banyak keluar duit bayar tax kot.
So, memang patut la kerajaan bagi balik kat aku. Kan....
Anyway, million thanks to PM sebab bagi banyak benefit dekat golongan belia.
Tahun depan, up la sikit amount BR1M untuk anak muda ni. :-)

Oh ye, to those yang belum kahwin and pendapatan bulanan kurang dari RM2000, sila la apply untuk BR1M ni.
Walaupun amount dia cuma RM250, tapi tu duit korang jugak.
Korang bayar gov tax banyak-banyak tapi lepas tu bila gov bagi duit free korang tak nak ambik.
Rugi sangat-sangat weyh.
Bila lagi nak dapat duit free dari government kan.
So, silalah apply cepat-cepat dekat sini.
Apply tiap-tiap tahun okay.
Till then.
xoxo

ini la rupa voucher tu. :)

setia tunggu walaupun dia tak dapat. 

p/s: tak sabar nak tunggu en.man dapat dia punya BR1M. boleh pegi shopping barang hantaran lagi. weee...

Friday, February 8, 2013

Wedding Prep: Yeay.... Kain Nikah Dah Beli

Assalamualaikum & Hai

Salam Jumaat kepada semua.
Semalam, aku dengan en.man pegi Jakel Jalan T.A.R beli kain untuk baju nikah dia.
Aku ingat dia nak ajak aku pegi beli dekat Kamdar IOI Mall, rupa-rupanya dia ajak aku pegi Jakel.
Jealous la tu kain aku hari tu aku beli dekat Jakel.
Balik dari kerja, kitorang terus pegi Jalan T.A.R.
Sampai-sampai aje first sekali kitorang cari kedai makan.
Masing-masing dah kebulur.
Yelah baru balik kerja kan.
Kitorang makan dekat food court depan dekat dengan Mydin & pondok polis.
Boleh tahan la makan kat situ.
Harga tak la mahal sangat.
Rasa dia pun boleh tahan sedap jugak.

Lepas makan, kitorang terus pegi Jakel.
Cari kain untuk baju en. man.
Sales asst. dekat situ bawak kitorang kat tempat kain untuk baju lelaki.
Nasib dekat G floor jugak sebab aku mmg malas nak naik atas.
Nanti rambang mata.
First kain yang dia tunjuk dekat kitorang memang lembut sangat.
Tak ingat kain jenis apa.
Harga dia satu meter RM38 tapi lepas tu turun semeter RM25 sebab hari ni start sale untuk C.N.Y.
Memang rezeki kitorang la kan sebab dia turunkan harga time kitorang beli.
Suka sangat-sangat.
Bila aku dapat tau kain en.man tu dah turun harga aku pun mintak la satu kain dari dia.
Yela, hari tu aku beli kain chiffon je, kain lining untuk dalam tak beli lagi.
Alang-alang ada sale kan, aku pun beli la kain lining untuk aku sekali.
Aku amik kain satin shamus warna pink, satu meter RM12.

Kain aku:

Chiffon Jorgget (6 meter)= RM 114
Satin Shamus (4 meter)= RM48
Tudung (half moon)= RM 38
Total = RM 200 

Kain en.man:

Italian tak ingat (4.5 meter) = RM 112.50
Sampin= belum beli lagi
Songkok (beli time raya hari tu ) = RM
Total= to be update later

So sekarang ni kain aku dah settle, kain en.man pun dah settle.
Tinggal nak hantar jahit je.
Weee...... I is suka okay.
Lepas ni kitorang fokus on beli barang hantaran.
Till then... xoxo

p/s: Happy Chinese New Year to those yang celebrate. :-)

Wednesday, February 6, 2013

About Bella Harith

Assalamualaikum & Hai

Siapa Bella ni sebenarnya?
Dari mana dia datang?
Dulu sekolah mana?
Dia duduk mana?
Asal mana?
Kenapa tiba-tiba je ada blog?
Lepas tu assume ramai sangat orang baca blog dia ni. (Perasan je lebih)

Haaa.... Meh sini aku cerita sikit pasal diri aku.
Nama betul aku, Nabilah.
Tapi ramai kawan-kawan aku panggil aku Bella/Belle.
Aku anak kepada Mohamed Harith & Azizah.
Aku anak yang ke-4 dari 5 orang adik-beradik.
Tapi aku anak perempuan yang bongsu.
Bawah aku lelaki.
So aku ni manja sikit dengan ayah aku.
Mak aku dah meninggal so ayah aku la jadi tempat aku bermanja(sekain daripada en.tunang).

Tahun 2013 ni umur aku akan bertambah ke 25 tahun.
And insya Allah hujung tahun ni aku akan bernikah with my one and only buncit en.man.
Aku dulu pernah sekolah dekat Tadika Kemas Felda Chemplak.
Lepas tu masuk pulak Sekolah Kebangsaan Felda Chemplak.
Owh, bagi yang tak tau Felda Chemplak ni terletak di negeri Johor Darul Takzim.
Di daerah Labis, berhampiran dengan Segamat.
Lepas habis sekolah rendah, aku masuk pulak Sekolah Menengah Kebangsaan Labis sampai form 3.
Start form 4, aku sekolah dekat Sekolah Teknik Port Dickson (sekarang dah tukar Sekolah Vokasional Port Dickson, kalau tak silap aku) ambik course Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Lepas habis Spm aku belajar dekat KLMU ambik course E-Secretaryship.
Lepas habis belajar, aku kerja makan gaji sampai la sekarang ni.

Kenapa aku buat blog ni?
Sebenarnya aku dah ada blog dari tahun 2009.
Tapi semua post lama aku dah buang.
Dulu aku buat blog sebab aku tak de tempat nak luahkan perasaan.
So bila aku ada masalah, aku tulis dekat blog.
Tapi bila aku fikir-fikirkan balik tak sesuai pulak aku luahkan semua masalah aku kat dalam blog ni.
Sebab tu la aku delete semua post au yang lama-lama and aku mulakan dengan yang baru.
Most of my blog post cerita tentang apa yang jadi dalam hidup aku.
Kalau aku ada pegi event, aku akan cerita dekat sini.
Kalau aku sakit  hati pun aku akan cerita dekat sini.
And also aku akan post progress on my wedding preparation. :)

I guess thats all I have to say about myself.
Salam perkenalan dari Bella Harith. :)






Friday, November 23, 2012

Gambar Lapuk (Hari Raya Haji)

Koleksi perfume aku. VS yang penuh tu bukan aku punya. Orang kirim. 

Nasi Goreng RM6.00. Hanya boleh di dapati di dalam KTM Antarabandar. 

Ni la rumah tempat aku membesar. Dari dulu sampai sekarang sama aje. Yang baju merah tu akak aku yang duduk dekat kampung, Aisyah. Aku panggil dia Esah. Yang budak-budak tu semua anak-anak dia. Yang tengah berdiri tu ayah aku. 

Motif???

Aku di atas, mereka di bawah. 

Segar dari dahan pokok.

Ini budak takut orang. 

Manggis pertama yang aku rasa lepas bertahun-tahun tak makan. 

Lauk raya haji. Semua orang bagi. Terima kasih jiran sebelah rumah dengan Esah. 

Azira, bakal pustakawan yang berjaya. 

Lauk raya lagi. 
Atas, dari kiri ke kanan: kari ayam, lodeh, kari ayam lagi.
Tengah, kiri ke kanan: sambal kacang, pulut dalam periuk kera, rendang daging, rendang, rendang ayam(bwk dari KL).
Bawah, kiri ke kanan: Lodeh, rendang daging, sambal ayam.
Lauk semua dari jiran aku dengan Esah. 

Puas hati dapat beli dekat butik walaupun bukan untuk aku. 

Victoria Secret

Budak takut orang lagi.

Ini semua campur milo satu kotak kecik harga dia RM12. Hanya boleh di dapati di dalam tren KTM antarabandar. 

Korang terliur tak??? Aku terliur sangat-sangat beb. 



Posted and taken by Samsung Galaxy S3. 

Tuesday, October 23, 2012

Victoria Secret's Freak

Assalamualaikum & Hai

Victoria Secret (VS), whats not to love about them.
First time aku kenal VS tahun 2008.
Masa ni akak aku ada pakai body mist VS.
Aku tak ingat nama dia tapi yang aku tau body mist tu warna purple.
Bau dia wangi sangat-sangat.
Aku selalu curik-curik pakai time nak pegi kelas.
Memang in love habis la dengan body mists tu.

Tahun 2010, first time aku kerja and ada duit sendiri.
Time tu tak terfikir langsung nak beli VS ni.
Until satu hari tu aku jumpa satu page dekat FB yang memang jual VS body mist.
Happy gile time tu sebab boleh beli sendiri and pakai banyak-banyak.
Aku pun terus order satu bottle body mist.
Tak ingat jugak nama dia.
Yang aku beli tu warna purple jugak tapi bau dia lain sikit dari akak aku punya.

Bila body mist tu dah sampai rumah terus aku spray dekat badan.
Happy yang teramat sangat time tu.
Setiap hari pakai.
Nak pergi kerja pakai, nak pergi kelas pakai, nak pergi dating pakai, even nak pergi kedai bawah rumah pun pakai jugak.
Obsess gile kan.
Setahun lebih baru habis satu botol tu walaupun aku pakai almost every day.
Gile jimat kan.

Sekarang ni dalam collection aku ada 3 bottle VS.
Satu body mist Pure Seduction (beli tahun lepas, dah tinggal suku).

Satu body double mist Cupquake (beli before raya baru pakai suku, bau Vanilla) 
And satu lagi fragrance mists Sweet & Flirty ( baru beli hujung bulan lepas, dah pakai suku. bau dia sweet sangat2, everyday pakai).


Insya allah, hujung bulan ni beli lagi satu bottle body mist.
Akak aku yang dekat kampung nak satu botol.
Alang-alang dah beli untuk dia aku beli untuk aku sekali.
Beli dua botol RM100, free postage.
Jimat kan?

Nak tau aku selalu beli kat mana?
Haaaa... Sila la bukak page ni.
Aku selalu beli dekat situ.
Senang deal dengan owner blog tu.
Kalau kita nak book dulu pun boleh.
Tapi make sure bayar exactly on the date yang kita janji dengan dia nak bayar.
Selalu nya dia akan pos one day after dia receive payment.
And sampai satu ke dua hari after.

So, to those yang nak rasa nak beli VS tapi macam malas nak pergi boutique dia sebab takut overspend (aku la tu), memang aku recommend kat korang beli dengan dia.
Servis tip top wa cakap lu.
Sekarang ni aku nak cuci mata dekat blog dia, lagi.
Till then.... Have a nice day peeps.


p/s: the website again: http://prettylittlethingz.blogspot.com/
have fun buying. :)

Wednesday, October 10, 2012

Keletihan

Assalamualaikum & Hai

Pernah tak korang rasa letih almost one week?
Saya selalu kena.
Sekarang ni badan rasa letih sangat-sangat.
Dah tiga hari tak hilang-hilang jugak.
Semua ni gara-gara event hari Ahad haritu la.
Buat kerja tak banyak tapi letih dia melampau sangat.
Badan terkejut tiba-tiba kena kerja hari Ahad kot.
Orang dah biasa cuti hari Ahad la katekan.

Ahad haritu, company tempat saya kerja ada buat event.
Grand finale untuk rancangan Over The Top.
Ala, program budak2 yang selalu keluar dekat TV3 setiap hari Sabtu pukul 10 pagi tu.
Program tu la yang company saya buat.
Yang nama IslandTalk Asia tu.
Company tu la.

Actually saya tak kerja direct under IslandTalk.
Saya kerja under Vconnect Asia.
Company tempat saya kerja ni ada lagi 3 sub-company.
Salah satunya IslandTalk tu la.
Tapi memandangkan diorang tak cukup staff, boss mintak saya tolong diorang jaga registration counter.
Saya pun dengan rela hati tolong diorang.
Yelah bukan senang nak masuk Sunway Lagoon free(bukannya dpt main games free pun). 

Pada hari kejadian, saya bangun lagi awal dari biasa.
Before azan subuh saya dah terjaga.
Saya janji dengan boss nak jumpa dekat LRT Kelana Jaya pukul 7.30.
Tapi saya keluar rumah pukul 7.10.
Biasa lah perempuan kan.
Nak mandi, iron tudung, mekap lagi.
Nasib baik saya sampai 20 minit before boss saya sampai.
Kalau tak kena pergi sendiri la jawabnya.

kitorang sampai sana quite early actually memandangkan registration counter bukak pukul 10.
Saya dengan kawan saya pun duduk la dekat kaunter tu tunggu sampai pukul 10.
Before pukul 10 dah ramai budak2 yang sampai.
Total kids yang participate dlm final show ni around 180++.
Finalist cuma 6 orang je tapi penyokong dia sampai nak dekat 200.
Imagine, kitorang kena handle counter yang penuh dengan kanak-kanak ribena.
Havoc weyh. Pening kepala nak kena handle sorang2.
Macam-macam hal.

By pukul 11 bila semua dah masuk Sunway Lagoon, terus jadi sunyi sepi.
Pelik pulak rasanya.
Lepas dah habis semua budak-budak daftar, saya pun masuk sama dalam Sunway Lagoon.
Time tu semua kids dah berteraburan ikut caretaker masing-masing.
Pukul 1 kitorang lunch.
Sekali dengan kids. Riuh rendah jadi nya.
Kitorang makan burger & fries from Marrybrown.
Dah lama tak makan burger Marrybrown, sedap.

Lepas lunch, final challenge untuk finalist start.
Kalau korang nak tau apa challenge dia & siapa pemenangnya, kena la tengok hari Sabtu minggu depan. :)
Tinggal lagi dua episode je pun before final.
Nanti korang boleh tau ape yang challenge apa yang diorang buat, sapa pemenangnya & also grand prize dia.
Kalau saya ceritakan kat sini tak surprise la nanti kan. :)

Lepas dah bertungkus-lumus menjaga budak, around 5.15pm kitorang pun balik.
Badan memang teramat sangat lah letih.
Sampai-sampai rumah masak kejap lepas tu terus blank.
Sampai la ke pagi.
Bila dah pagi mula la rasa berat nak pergi kerja.
Kalau boleh nak duduk rumah, tido.
Tapi mengenangkan nenek kebayan yang ada dekat office ni terpaksa la ku gagahkan juga badanku ini untuk ke office.

Walaupun letih, saya seronok dapat join event macam ni.
Before this tak pernah pun terfikir dapat pergi event yang macam ni.
Hopefully, in the future kalau ada lagi saya nak volunteer diri sendiri untuk join.
Dapat banyak pengalaman.

Gambar saya akan upload lepas final episode dah keluar dekat TV3 ye.
Tak best la kalau tunjuk sekarang.
Till then. :)

p/s: weekend ni nak rehat sepuas-puasnya. muahahahaha



Tuesday, October 2, 2012

Apabila Wang Mengatasi Akal Fikiran

Assalamualaikum & Hai

Apabila wang mengatasi akal fikiran manusia, manusia mula menjadi angkuh.
Mereka lalai dan leka kerana terlalu sibuk mengejar wang ringgit untuk kesenangan hidup, hinggakan mereka lupa pada orang lain.
Mereka lupa pada anak-anak, mereka lupa pada keluarga, mereka juga lupa pada kawan-kawan yang selalu mengambil berat tentang mereka.
Mereka sanggup tinggalkan anak-anak mereka tanpa makan, tanpa didikan dan tanpa perhatian demi mengejar kekayaan dunia yang sementara.
Kenapa mesti ada manusia yang begitu di dunia ni?

Adakah mereka lupa wang, harta dan kekayaan tidak boleh di bawa mati?
Dan adakah mereka lupa bahawa amalan-amalan kita yang bakal menyelamatkan kita semasa di akhirat kelak?
Sudah tentu mereka lupa yang anak-anak mereka mampu menyelamatkan mereka dari api neraka?
Ya, mungkin mereka lupa akan semua itu.
Mereka lupa kerana terlalu asyik mengejar harta benda dan wang ringgit.
Mereka lupa kerana mereka terlalu taksub dengan kehidupan mereka sehingga mereka tidak sedar yang mereka telah tersasar jauh dari ajaran agama.
Mereka lupa akan suruhan Allah.
Mereka lupa akan tuntutan Allah.
Dan mereka lupa akan azab dan siksaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Kenapa mesti mereka ikutkan nafsu sehingga sanggup mengabaikan anak-anak mereka sendiri?
Kenapa mesti mereka tinggalkan keluarga untuk kehidupan yang tidak pasti?
Kenapa mesti mereka hina dan caci ahli keluarga mereka yang hanya ingin menolong?

Mungkin mereka tidak sedar akan niat baik ahli kelurga mereka.
Mungkin mereka tidak sedar ahli kelurga mereka bersusah-payah mencari mereka demi anak-anak.
Sifat mengambil berat dan prihatin yang di tunjukkan oleh ahli kelurga mereka di salah ertikan sehingga mereka sanggup menuduh ahli keluarga mereka cuba untuk menjatuhkan mereka, cuba untuk menentukan hala tuju hidup mereka.
Kenapa mereka sanggup berkata begitu kepada ahli keluarga sendiri?
Kenapa mereka sanggup berlaku begitu kejam terhadap ahli keluarga yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka?

Mungkin mereka fikir kawan-kawan dan sahabat handai lagi penting dari ahli keluarga mereka.
Kawan-kawan dapat menghiburkan mereka di kala mereka gundah.
Kawan-kawan dapat sama-sama menghayati kehidupan yang mereka idamkan.
Tentu mereka tidak terfikir yang kawan-kawan mereka itu boleh tinggalkan mereka.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di saat mereka susah dan memerlukan bantuan.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di sana saat mereka memerlukan sokongan dan dorongan.
Mereka tidak fikir akan semua itu.
Kerana itulah mereka sanggup berkata buruk dan membelakangkan ahli keluarga mereka.

Bila sampainya masa mereka tersedar akan hakikat itu, ahli keluarga mereka sudah tidak mahu menolong mereka lagi.
Pada waktu itu baru mereka tahu langit itu tinggi dan tidak boleh digapai dengan tangan.
Pada waktu itu, mereka akan mula rasa bersalah.
Mereka akan rasa bersalah terhadap diri mereka sendiri.
Mereka akan rasa bersalah terhadap ahli keluarga mereka.
Dan tentunya mereka akan rasa bersalah terhadap anak-anak mereka kerana telah mengabaikan mereka selama ini semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia.
Dan pada waktu itu jugalah akan ada segelintir dari mereka yang mengalami tekanan perasaan.

Tetapi, pada waktu itu mereka sudah terlambat.
Sudah tidak ada sesiapa lagi yang mahu menolong mereka kerana apa yang telah mereka lakukan dahulu.
Dan kini, mereka tahu nasi telah menjadi bubur.
Tidak ada apa yang mampu mereka lakukan kecuali berserah pada takdir.
Terpaksa lah mereka menanggung segalanya seorang diri.
Tanpa anak-anak dan tanpa keluarga di sisi.

Oleh itu, ingatlah semua.
Harta dan wang ringgit tidak mampu menjamin kebahagiaan seseorang.
Ya, mungkin orang yang mempunyai banyak wang mampu membeli apa sahaja yang mereka inginkan tetapi mereka tetap tidak mampu untuk membeli kebahagiaan.
Oleh itu, hargailah setiap orang yang ada di sekeliling kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka.
Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang di atas.


*Its been a really though week for me but syukur I've managed to go thorough it. Tidak akan ada seorang pun yang hidup di dunia ini yang tidak di duga. Cuma setiap orang akan di duga dengan dugaan yang berbeza-beza. Terpulang pada kita bagaimana kita nak mengharunginya. Semoga hari esok lebih indah dan baik dari hari ini. :)

Monday, September 24, 2012

Shocking News

Assalamualaikum & Hai
Selamat hari Isnin semua!!

Minggu lepas saya dapat tau yang kawan saya nak bertunang.
She's actually my bestie + childhood friend.
I've known her since I moved to Felda Chemplak.
Dalam erti kata lain, dari kecik la.
And since then kami sangat rapat.

Main masak-masak sama-sama.
Panjat pokok sama-sama.
Makan bawah pokok sama-sama.
Pegi sekolah tadika sama-sama.
Pegi Labis sama-sama.
Pegi window shopping sama-sama.
Tengok wayang sama-sama.
Makan personal pan Pizza sorang satu sama-sama.
Makan TGI Friday's sampai bill 200++ sama-sama.
Banyak lagi la.
Yang belum cuma tinggal pegi holiday sama-sama je.

Bila saya dapat tau yang dia nak bertunang, saya happy sangat.
Yela, kawan kita nak bertunang mesti la kita happy kan.
Takkan la nak sedih pulak.
Lagipun saya pun dah bertunang so nanti title tu sama la.
Tak gitu?
Dia kata dia nak bertunang tahun depan.
Tapi tak tau la bulan berapa.
Bila saya dengar tahun depan je terus mood shopping saya on.
Yelah, saya kan nak kawin tahun depan.
So, boleh la kitorang shopping barang hantaran sama-sama.
Shopping baju pengantin & tunang sama-sama.
I iz excited u know.

Sekarang ni wedding planner saya hampir settle.
Ada la few yang nak kena stucture balik.
But, basically, I know what I have to do.
Thanks to all the B-2-B blog yang banyak bagi info.
Next mission is, beli kain untuk nikah/reception together with my bestie.
Tak sabarnya. Weehoo.

To Cik Fiqa Ain,
U've been a very good friend to me.
I rasa sangat-sangat bersyukur & happy ada kawan macam U.
Eventhough masa I tunang hari tu I tak jemput U, U tetap jugak ingat kat I.
I rasa bersalah kat U.
Time wedding I nanti, I akan make sure U ada dengan I.
Kalau boleh I nak U jadi pengapit I nanti.
I'm so so happy for U babe.


p/s: Tahun ni tahun orang kawin. Ramai schoolmate saya yang kawin tahun ni. Seram pulak saya.
pps: Entry merapu. Tak dapat nak berfikir dengan waras sebab mengantuk yang teramat kronik.

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday 2

Assalamualaikum & Hello


















Taken using Samsung Galaxy SIII.


Bye. =)

Wordless Wednesday 1

Assalamualaikum & Hai








































Taken using Sony SLT-a33

Bye. =)