Assalamualaikum & Hai
Apabila wang mengatasi akal fikiran manusia, manusia mula menjadi angkuh.
Mereka lalai dan leka kerana terlalu sibuk mengejar wang ringgit untuk kesenangan hidup, hinggakan mereka lupa pada orang lain.
Mereka lupa pada anak-anak, mereka lupa pada keluarga, mereka juga lupa pada kawan-kawan yang selalu mengambil berat tentang mereka.
Mereka sanggup tinggalkan anak-anak mereka tanpa makan, tanpa didikan dan tanpa perhatian demi mengejar kekayaan dunia yang sementara.
Kenapa mesti ada manusia yang begitu di dunia ni?
Adakah mereka lupa wang, harta dan kekayaan tidak boleh di bawa mati?
Dan adakah mereka lupa bahawa amalan-amalan kita yang bakal menyelamatkan kita semasa di akhirat kelak?
Sudah tentu mereka lupa yang anak-anak mereka mampu menyelamatkan mereka dari api neraka?
Ya, mungkin mereka lupa akan semua itu.
Mereka lupa kerana terlalu asyik mengejar harta benda dan wang ringgit.
Mereka lupa kerana mereka terlalu taksub dengan kehidupan mereka sehingga mereka tidak sedar yang mereka telah tersasar jauh dari ajaran agama.
Mereka lupa akan suruhan Allah.
Mereka lupa akan tuntutan Allah.
Dan mereka lupa akan azab dan siksaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Kenapa mesti mereka ikutkan nafsu sehingga sanggup mengabaikan anak-anak mereka sendiri?
Kenapa mesti mereka tinggalkan keluarga untuk kehidupan yang tidak pasti?
Kenapa mesti mereka hina dan caci ahli keluarga mereka yang hanya ingin menolong?
Mungkin mereka tidak sedar akan niat baik ahli kelurga mereka.
Mungkin mereka tidak sedar ahli kelurga mereka bersusah-payah mencari mereka demi anak-anak.
Sifat mengambil berat dan prihatin yang di tunjukkan oleh ahli kelurga mereka di salah ertikan sehingga mereka sanggup menuduh ahli keluarga mereka cuba untuk menjatuhkan mereka, cuba untuk menentukan hala tuju hidup mereka.
Kenapa mereka sanggup berkata begitu kepada ahli keluarga sendiri?
Kenapa mereka sanggup berlaku begitu kejam terhadap ahli keluarga yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka?
Mungkin mereka fikir kawan-kawan dan sahabat handai lagi penting dari ahli keluarga mereka.
Kawan-kawan dapat menghiburkan mereka di kala mereka gundah.
Kawan-kawan dapat sama-sama menghayati kehidupan yang mereka idamkan.
Tentu mereka tidak terfikir yang kawan-kawan mereka itu boleh tinggalkan mereka.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di saat mereka susah dan memerlukan bantuan.
Kawan-kawan yang mereka banggakan itu tidak semestinya ada di sana saat mereka memerlukan sokongan dan dorongan.
Mereka tidak fikir akan semua itu.
Kerana itulah mereka sanggup berkata buruk dan membelakangkan ahli keluarga mereka.
Bila sampainya masa mereka tersedar akan hakikat itu, ahli keluarga mereka sudah tidak mahu menolong mereka lagi.
Pada waktu itu baru mereka tahu langit itu tinggi dan tidak boleh digapai dengan tangan.
Pada waktu itu, mereka akan mula rasa bersalah.
Mereka akan rasa bersalah terhadap diri mereka sendiri.
Mereka akan rasa bersalah terhadap ahli keluarga mereka.
Dan tentunya mereka akan rasa bersalah terhadap anak-anak mereka kerana telah mengabaikan mereka selama ini semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia.
Dan pada waktu itu jugalah akan ada segelintir dari mereka yang mengalami tekanan perasaan.
Tetapi, pada waktu itu mereka sudah terlambat.
Sudah tidak ada sesiapa lagi yang mahu menolong mereka kerana apa yang telah mereka lakukan dahulu.
Dan kini, mereka tahu nasi telah menjadi bubur.
Tidak ada apa yang mampu mereka lakukan kecuali berserah pada takdir.
Terpaksa lah mereka menanggung segalanya seorang diri.
Tanpa anak-anak dan tanpa keluarga di sisi.
Oleh itu, ingatlah semua.
Harta dan wang ringgit tidak mampu menjamin kebahagiaan seseorang.
Ya, mungkin orang yang mempunyai banyak wang mampu membeli apa sahaja yang mereka inginkan tetapi mereka tetap tidak mampu untuk membeli kebahagiaan.
Oleh itu, hargailah setiap orang yang ada di sekeliling kita kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka.
Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang di atas.
*Its been a really though week for me but syukur I've managed to go thorough it. Tidak akan ada seorang pun yang hidup di dunia ini yang tidak di duga. Cuma setiap orang akan di duga dengan dugaan yang berbeza-beza. Terpulang pada kita bagaimana kita nak mengharunginya. Semoga hari esok lebih indah dan baik dari hari ini. :)
No comments:
Post a Comment