Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, February 18, 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Assalamualaikum & Hai

Semalam aku pegi ambik voucher BR1M dekat Pejabat Umno Cawangan PJS.
Excited uolls nak pegi ambik sampai ajak en.man pegi awal konon tak nak beratur panjang-panjang.
Tapi last-last keluar lambat jugak sebab kusyuk tengok marathon Running Man.

Semalam masa aku pergi rumah en.man nak hantar baju, adik dia cakap ada surat untuk aku.
Surat aku memang banyak hantar ke rumah dia.
Yelah, aku kan takde rumah tetap lagi kat KL ni.
Asyik berpindah-randah je.
Sebab tu mana yang aku rasa penting aku akan letak address rumah family dia.
Senang in case ada barang or surat penting takde la susah kalau aku pindah rumah.

Okay, back to the story.
Bila aku tau ada surat aku dekat rumah dia, cepat2 aku jalan pegi rumah dia.
Owh, adik dia bagitau kat aku time aku keluar lift.
Sebab tu aku jalan laju-laju sebab aku nak tau surat apa tu.
Bila aku dapat tau yang tu memang surat BR1M, excited gile la aku.
Yelah, aku dapat surat en.man tak dapat.
Sapa tak suka weyh.
Seronok aku kenakan dia.

Dekat dalam borang tu tulis daftar pukul 8.00 malam.
So dalam pukul 7.45 p.m baru kitorang keluar rumah.
Dekat je pun tempat nak ambik tu.
Kitorang saje je keluar lambat sebab nak elak dengar ceramah.
Tapi rupa-rupanya terpaksa dengar jugak.
Sebab diorang start bagi voucher tu lepas habis ceramah.
Ceramah politik pulak tu.
Hampeh betul.

Dalam pukul 10 p.m baru aku dapat ambik voucher.
Itu pun kena tulis nama & IC sendiri dekat voucher tu.
Satu hal pulak nak kena ambik cuti nak pegi cashkan voucher tu.
Tapi, apa-apapun aku happy sebab dapat BR1M untuk bujang ni.
Yelah, aku banyak keluar duit bayar tax kot.
So, memang patut la kerajaan bagi balik kat aku. Kan....
Anyway, million thanks to PM sebab bagi banyak benefit dekat golongan belia.
Tahun depan, up la sikit amount BR1M untuk anak muda ni. :-)

Oh ye, to those yang belum kahwin and pendapatan bulanan kurang dari RM2000, sila la apply untuk BR1M ni.
Walaupun amount dia cuma RM250, tapi tu duit korang jugak.
Korang bayar gov tax banyak-banyak tapi lepas tu bila gov bagi duit free korang tak nak ambik.
Rugi sangat-sangat weyh.
Bila lagi nak dapat duit free dari government kan.
So, silalah apply cepat-cepat dekat sini.
Apply tiap-tiap tahun okay.
Till then.
xoxo

ini la rupa voucher tu. :)

setia tunggu walaupun dia tak dapat. 

p/s: tak sabar nak tunggu en.man dapat dia punya BR1M. boleh pegi shopping barang hantaran lagi. weee...

No comments:

Post a Comment