Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Friday, February 8, 2013

Wedding Prep: Yeay.... Kain Nikah Dah Beli

Assalamualaikum & Hai

Salam Jumaat kepada semua.
Semalam, aku dengan en.man pegi Jakel Jalan T.A.R beli kain untuk baju nikah dia.
Aku ingat dia nak ajak aku pegi beli dekat Kamdar IOI Mall, rupa-rupanya dia ajak aku pegi Jakel.
Jealous la tu kain aku hari tu aku beli dekat Jakel.
Balik dari kerja, kitorang terus pegi Jalan T.A.R.
Sampai-sampai aje first sekali kitorang cari kedai makan.
Masing-masing dah kebulur.
Yelah baru balik kerja kan.
Kitorang makan dekat food court depan dekat dengan Mydin & pondok polis.
Boleh tahan la makan kat situ.
Harga tak la mahal sangat.
Rasa dia pun boleh tahan sedap jugak.

Lepas makan, kitorang terus pegi Jakel.
Cari kain untuk baju en. man.
Sales asst. dekat situ bawak kitorang kat tempat kain untuk baju lelaki.
Nasib dekat G floor jugak sebab aku mmg malas nak naik atas.
Nanti rambang mata.
First kain yang dia tunjuk dekat kitorang memang lembut sangat.
Tak ingat kain jenis apa.
Harga dia satu meter RM38 tapi lepas tu turun semeter RM25 sebab hari ni start sale untuk C.N.Y.
Memang rezeki kitorang la kan sebab dia turunkan harga time kitorang beli.
Suka sangat-sangat.
Bila aku dapat tau kain en.man tu dah turun harga aku pun mintak la satu kain dari dia.
Yela, hari tu aku beli kain chiffon je, kain lining untuk dalam tak beli lagi.
Alang-alang ada sale kan, aku pun beli la kain lining untuk aku sekali.
Aku amik kain satin shamus warna pink, satu meter RM12.

Kain aku:

Chiffon Jorgget (6 meter)= RM 114
Satin Shamus (4 meter)= RM48
Tudung (half moon)= RM 38
Total = RM 200 

Kain en.man:

Italian tak ingat (4.5 meter) = RM 112.50
Sampin= belum beli lagi
Songkok (beli time raya hari tu ) = RM
Total= to be update later

So sekarang ni kain aku dah settle, kain en.man pun dah settle.
Tinggal nak hantar jahit je.
Weee...... I is suka okay.
Lepas ni kitorang fokus on beli barang hantaran.
Till then... xoxo

p/s: Happy Chinese New Year to those yang celebrate. :-)

No comments:

Post a Comment