Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Friday, February 1, 2013

Movie Day Out: Juvana

Assalamualaikum & Haii

Hari ni aku nak cerita pasal cerita Juvana.
Aku memang peminat tegar drama Juvana.
Kalau termiss satu episod mesti akan tengok balik dekat tonton.com.my
Salah satu sebab aku suka tengok cerita juvana sebab ada bob a.k.a zahiril adzmin & abg beto kusyairy.
Aku memang minat sangat dengan diorang. :-)

For those yang tak pernah tengok drama Juvana, biar aku sinopsiskan sikit ye.
Drama ni ceritakan kisah Daim, sorang budak yang kena hantar masuk juvana sebab di tuduh membunuh ibu kandung dia sendiri (dia tak bunuh pun mak dia sebenarnya. daim ni baik budaknya.)
Dia terpaksa tempuh macam-macam dugaan masa dia duduk dalam juvana tu.
Asyik la kena pukul dengan Botak & konco-konco dia.
Sampai la Cikgu Zakiah masuk mengajar dekat situ.
Cikgu Zakiah ni cikgu kaunseling.
Dia cuba sedaya upaya ubah perangai & nasib budak2 dekat dalam juvana tu.
Dia ajar diorang berbahas sampai diorang dapat masuk tournament.(tak ingat la diorang menang ke tak)
Sampai la satu hari tu, diorang dapat tau yang pengetua sekolah diorang songlap duit sekolah.

...........................
..................................

Aiyoo. Aku ingat sampai part tu je la.
Tapi kalau tak silap aku, pengetua diorang kena tangkap & sekolah diorang di tutup.
Sorry. Aku betul-betul lupa la.
Kalau nak tengok balik dekat tonton kena bayar.
Tak kuasa la aku nak bayar kan.
Sorry... :-(

Okay, kita skip episod last tu.
Ni aku nak cerita pasal movie dia pulak.
Apa yang aku boleh cakap, movie ni memang tak menghampa kan aku.
Jalan cerita dia pun best.
Owh, and ada wife zahiril sekali dalam cerita ni.
Si comel lote shira aiyob.
Jadik girlfriend Daim kat sekolah baru dia. :)

Dalam movie ni Daim start hidup baru.
Dia sambung sekolah balik sebab dia nak ambik SPM.
Kawan-kawan dia dekat sekolah juvana Wira Bakti kena hantar dekat tempat lain.
Tempat yang lagi teruk dari tempat lama diorang.
Apek, best fren Daim masa dekat Wira Bakti dulu berubah perangai.
Daripada sorang yang baik & positive thinking, dia jadik macam Botak yang dulu.
Kaki pukul, kaki buli, segala jenis kaki la.
Kira dia 'taiko' la dekat tempat baru tu sebab dia belasah 'taiko' poyo tempat tu, Man Todak (aku tak suka betul dia ni, even d real person pun.)
While Botak pulak dah bertaubat.
Takde lagi nak pukul-pukul orang sebab benda kecik lagi dah.

Bila Daim dapat tau yang kawan-kawan dia ada problem dekat tempat baru, dia teus pegi jenguk diorang.
Tak lama lepas Daim datang, Man Todak dengan budak-budak lain buat rusuhan.
Habis diorang bakar kawasan sekolah tu. (mana dia dapat api, aku pun tak tau. maybe ada yang seludup lighter kot.)
Yang aku tak faham nya, time rusuhan tu diorang nak Botak.
Kenapa dia tak carik Apek?
Kan dia 'taiko' kat situ.
Lepas tu baru aku faham kenapa Man Todak tu nak Botak.
Dia tak puas hati Botak dah tak nak bergaduh lagi dah.
Even time Botak kena belasah dengan Man Todak, dia still tak melawan.
Mula-mula jela. Tapi lepas tu dia tumbuk balik Man Todak.
Lepas tu, si Man Todak bingai tu boleh pulak tikam perut Botak.
How dare he!!!!

At first, aku ingatkan Botak mati kena tikam rupanya tak.
Pheww.... Nasib baik.
Tak best la kalau sub-hero mati kan. hehe..
Lepas tu, ada la suara hakim a.k.a narrator bagitau yang diorang tak bersalah dalam rusuhan tu.
& hukuman diorang di pendekkan.
Just before cerita tu habis, kelua la muka pengetua sekolah lama diorang En. Raja panggil nama Botak.
Lepas dia panggil nama Botak tu, movie pun habis.
Cisss.... Apakah???
Tergantung begitu sahaja....

Apa pendapat korang dengan cerita Juvana ni?
Aku rasa maybe ada sambungan Juvana 2 kot.
Aku rasa la. Ada ke tak kita tunggu dan lihat je.
Till then. xoxo

p/s: to those yang nak jumpa pelakon-pelakon Juvana, boleh la pergi Karnival Karangkraf dekat Seksyen 15, Shah Alam, Ahad ni (03.02.2013) pukul 2 petang. (aku nak pergi, tapi mesti tak sempat sebab nak pergi kenduri kahwin kawan sekelas. sedihnya........ )

No comments:

Post a Comment