Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, September 3, 2012

Raya 2012

Assalamualaikum & Hello... :)

How was your raya?
Saya harap raya korang meriah macam saya. :)
And harap-harap berat korang tak naik banyak macam saya.
Saya asyik makan aje sebab tu la berat saya naik. 
Tapi saya tak seberat akak no.2 saya la.
Dia lagi banyak makan. 
Asyik maaakan(sila baca 6 harkat) aje dia tu.
Lepas tu riuh perut buncit. Ish3..

Walaupun akak saya macam tu, raya saya still meriah.
Ramai cousin, uncle and aunty saya yang balik kampung tahun ni.
Kanak-kanak pun ramai.
Meriah rumah makcik I uolls.

Saya sampai dengan akak, anak2 dia & adik saya malam raya.
Kitorang naik bas last ke Segamat dari TBS.
Kitorang naik bas Cepat Ekspress sebab bas tu boleh berhenti depan rumah makcik kitorang.
I repeat, DEPAN RUMAH okay.. :)

Dari KL ke Tangkak passenger cuma 8 orang je. 
Lepas dari Tangkak cuma tinggal kitorang adik-beradik dengan driver bas je.
Driver tu bukak TV3. Sempat la jugak kitorang tengok cerita Apa Celop raya.
Tapi bila cerita dah nak habis, driver tu pegi tutup tv. 
Dia cakap channel tak elok, rosak mata kalau tengok nanti. Musnah harapan kejap. 
Dalam pukul 12, driver tu bukak balik tv. Time tu dah lepas kawasan kelapa sawit sebab tu la dia bukak tv.
Time tu dah start cerita sampaikan salam. 
Tak semena-mena, driver bas tu cakap Ziana Zain dah bercerai.
Saya dengan kakak saya tercengang sekejap.
Celah mana pulak driver ni dengar ZZ dah bercerai.
Musykil kitorang. 

Kitorang sampai rumah makcik dalam pukul 12.30 pagi.
Time tu tak ramai yang dah tidur.
Tunggu kitorang agaknya. :D
'Bila bertaubat ni?' 
Reaksi akak no.1 saya masa nampak saya balik pakai tudung. 
Saya cakap 'tadi'.. :)
Sampai-sampai aje saya terus keluarkan baju raya nak iron. 
Saya memang excited kalau bab-bab baju baru ni. 
Saya tampal ironing beads kat leher baju kurung anak sedara saya dulu lepas tu baru saya iron baju saya. 
Dah nak dekat pukul 3 pagi baru saya tidur.

Pagi raya, seperti tahun-tahun sudah kitorang akan pergi sembahyang raya dekat masjid.
Habis sembahyang raya, makcik-makcik saya akan berjejak kasih sekejap dekat masjid.
Balik rumah bermaafan-maafan, bernangis-nangisan & berpeluk-pelukan dengan semua orang.
Lepas bersedih-sedih baru la kitorang makan. 
Menu wajib setiap tahun, ketupat, rendang, sambal kacang & lodeh. 
Tahun ni ada extra lauk, sambal ayam(kakak no.1 masak) and sambal sotong (aunt mok masak).
Lepas makan, acara bergambar pulak. 

Malam tu pakcik saya buat bbq. Ada lobster, sotong & bermacam-macam jenis ikan.
Dia chef dekat Impiana Cherating, sebab tu la dia bawak balik banyak seafood. 
Lobster yang dia bawak besar gile & manis gile.
Memang rasa macam dekat heaven time tu. 

Petang raya kedua, semua dah balik.
Tinggal la 3 orang makcik saya and kitorang satu family.
Malam tu pergi beraya rumah atok jiran kitorang kat Chemplak(d mana rumah ayah berada).
Dah lama tak jumpa diorang so riuh rendah la jadiknya.
Konon nya lepas tu nak pergi balik Chemplak sekejap. 
Nak beraya rumah akak saya yang no.3.
Tapi disebabkan jalan jam, tak jadik kitorang pergi sana.
Pagi raya ketiga akak no.1 saya balik kampung mertua dia pulak.
Tinggal la kami je.
Oleh kerana bosan yang amat & adik saya kecoh nak balik KL nak buat assignment(katanya), jadi raya keempat kami pun pulang la ke ibukota ni(nada sedih).

Bila dah sampai KL, dah boring sebab tak ramai orang yang ada.
Nasib baik la en.man ada, kalau tak lagi boring la saya. 
Raya ke-6 saya pergi ikut family en.man beraya.
Raya ke-7 pulak, saya ikut akak no.1 saya beraya rumah makcik dekat Danau kota.
Raya ke-8, rumah en.man buat open house, jadi saya pergi tolong mak dia masak, susun kuih & makan.
Malamnya pulak pergi open house rumah kawan en.man. Makan lagi. 
Raya ke-9, memulakan tugas di kantor semula.

Itulah sedikit sebanyak pengalam raya saya pada tahun ini.
Ada masa gembira dan ada masa sedih.
Will upload the pictures on my next entry.
Till Then.. 

No comments:

Post a Comment