Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Friday, July 20, 2012

Blog yang Menarik Hati

Assalamualaikum & Hello

Salam Jumaat dan salam Ramadhan buat semua umat Islam.
Besok, tanggal 21 Julai 2012, semua umat Islam akan start berpuasa termasuk lah saya.
Alhamdulillah, puasa yang ditinggalkan tahun lepas dah selamat di ganti. :)


Bila bercakap pasal bulan Ramadhan semua orang akan terbayang bazaar, terawikh, moreh & majlis berbuka puasa. Betul kan...
Sebenarnya, start dari hari Isnin lagi saya dah excited terlebih tunggu hari Sabtu sampai.
Yelah, tak sabar nak tunggu bazaar Ramadhan dekat rumah start beroperasi. 
Terbayang-bayang makanan-makanan yang ada.
Tak sabar nak pergi sembahyang terawikh jugak.
Dah lama tak pergi. Asyik bz manjang sampai tak sempat nak pergi.
Tak sabar nak bawak ayah pergi ziarah kubur arwah mak.
Tak sabar nak pegi fitting baju raya.
Tak sabar nak raya.
Pendek kata, tak sabar dengan semua perkara lah.

Entry kali ni sebenarnya bukan berkisarkan bulan Ramadhan.
Tapi berkisarkan tentang satu blog yang saya baru jumpa pagi tadi.
Saya terjumpa blog ni masa saya tengah blogwalking dekat blog Sue Anna Joe.
Blog yang saya maksudkan ialah blog contengconteng ni.
Hati saya terus terpaut dekat blog ni start dari post pertama yang saya baca.
Dari lukisan yang penulis blog lukis hingga ke isi kandungan blog memang sangat best.
Remind me of my childhood time. Sangat-sangat suka. 
Tahniah Encik Fadhli Hamdan, I'm officially one of your fans now. 
Gonna search for the books that he have produce before. 




p/s: Selamat menunaikan ibadah puasa bagi semua umat Islam. Bagi yang bukan Islam, selamat berbelanja dan menjamu selera di bazaar yang berdekatan dengan anda. :) 

No comments:

Post a Comment