Oleh kerana dah lama tak upload gambar di Facebook, jadi hari ni saya upload sebanyak mungkin gambar di sana.
Setiap kali keluar mesti amik gambar lepas tu biar dalam camera sampai berhabuk.
Ye lah, rumah saya tak ada computer; laptop saya pulak dah rosak sebab tu semua gambar-gambar duduk dalam camera.
Bila ada can upload gambar, hambik kau semua saya upload.
Setengah hari upload gambar untuk satu album saja.
Ish, ish, ish.
Saya suka amik gambar tapi kedudukan gigi saya tak teratur sebab tu saya senyum tak nampak gigi.
Kadang-kadang terfikir nak pakai braces tapi ramai yang tak kasi especially en.man buncet saya.
Dia selalu kata 'buat apa nak pakai braces, kalau tak pakai pun b sayang kmu.'
Saya tahu la dia sayang saya tapi salah ke saya nak ada gigi yang cantik sikit?
Owh, iye memang salah di sisi agama.
'Mengubah ciptaan Allah' kata adik saya.
Baiklah, saya akan cuba tinggalkan hasrat saya tu.
(buat masa sekarang la. :D)
Kamu-kamu semua yang membantah saya pakai braces boleh suka-suka sekarang.
(sekarang ni aje lah, lain-lain kali belum tentu kalian boleh suka-suka)
p/s: suka tengok orang yang gigi dia tersusun rapi. jealous I u olls.
No comments:
Post a Comment