Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Monday, April 23, 2012

New Born Magazine

Selamat hari Isnin semua.
Hari ni saya nak cerita sikit tentang satu jenama magazine yang baru.
Saya dapat tau pasal magazine ni pun dari blog nurul cakap-cakap.
Sebenarnya dari awal bulan lagi saya cari magazine ni.
Tapi baru sekarang saya dapat memilikinya.

Hari tu ada ternampak di Mynews.com masa nak pegi kerja.
Tapi tak sempat nak beli sebab time tu dah lambat nak pergi office(bangun tidur lambat la katakan).
Jadi saya terus aje jalan pergi tunggu LRT sambil dalam kepala fikir nak beli magazine tu besok.
Tup tup bila saya pergi kedai tu besoknya magazine tu dah tak ada.
Kecewa okay time tuh.

Selepas dari hari tu saya dah tak fikir pasal magazine tu lagi(tak teringat sebenarnya :D).
Tiba-tiba pada satu pagi yang hening(pagi tadi la tu), saya ternampak magazine tu lagi.
Dekat kedai yang sama, tempat yang sama.
Dan dengan pantasnya dan tanpa berfikir panjang saya terus ke kedai tersebut dan sambar itu magazine.
Walaupun keadaan kewangan tidak berapa enak sekarang ni tapi saya gagahkan juga diri saya untuk megeluarkan duit dan bagi pada cashier.
Nasib saya baik, magazine tu dah tinggal satu copy je.
Sekarang ni saya sangat happy sebab dah dapat beli magazine tu.

Mesti dalam kepala korang sekarang ni korang tengah pikir 'magazine apa la yang budak senget ni tengah cerita sebenarnya' kan?
Haa... Magazine inilah.



Hijabista, the new addiction.
Apa yang saya boleh katakan tentang magazine ni.
Magazine ni sangat bagus dan bermanfaat untuk merela-mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hijab.
Dan bagi mereka-mereka yang sudah berhijab, mereka boleh mendapat tips-tips fesyen dan cara-cara memakai hijab yang funky dari dalam magazine ini.
Tidak perlu bersusah payah melawan arus internet yang sekajap okay sekejap tak tu semata-mata nak cari trend-trend hijab yang terkini.
Anda hanya perlu beli magazine Hijabista ini, anda buka, anda selak dan anda observe sahaja dari dalamnya.
Sangat mudah dah menjimatkan masa bukan.
Jadi kepada yang belum dapatkan magazine ini silalah dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran atau berjauhan dari anda. (dah macam bagi ceramah la pulak)
Trust me, it's worth every cents you spend.



No comments:

Post a Comment