Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. ♥

~Ashley Smith~

Wednesday, January 2, 2013

Cantik & Kurus dengan Felinna Beauty

Assalamualaikum & Hai

Wah!! Dah masuk tahun baru!!
Lamanya aku tak update blog.
Sejak dua menjak ni aku busy sikit tu yang tak dapat nak update blog.
Bile time tak busy, aku pulak yang takde idea nak update pasal apa.
Banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku ni sampai aku tak tau nak cerita apa dekat korang.

Hari ni aku nak story dekat korang pasal satu produk ni.
Aku tau mesti ramai yang dah sedia tau pasal produk ni.
Produk dari rangkaian Felinna Beauty.
So far aku tau ada dua produk ni je.
Satu Felinna Inchloss, lotion untuk kurus.
And satu lagi Vit C plus Pure Collagen untuk kulit yang cantik.




ehsan dari blog google


ni pun ambil dari google


Aku memang dah lama baca pasal produk ni.
Aku ni pengikut tegar blog Sepet.
Dalam blog dia tu ada macam-macam jenis beauty produk.
And semua produk-produk tu dia jual.
Dari situ la aku kenal produk dari Felinna Beauty ni.

Badan aku ni banyak masalah.
Aku ni nampak je kurus tapi gemuk sebenarnya.
Paha aku, perut aku dengan lengan aku sangat la banyak lemak2 berlebihan(org malas xcercise mcm ni la).
Lagipun aku suka panggil En.Man buncit.
Bila dah selalu sgt panggil dia buncit aku pun buncit sekali.

Tu masalah lemak berlebihan dekat badan.
Yang muka aku pulak lain halnya.
Dulu aku ada pakai satu produk ni tapi sebab mahal & aku tau aku tak boleh commit bayar rm160 monthly aku stop terus pakai.
Aku pakai sebulan je tapi dlm masa sebulan tu jerawat aku naik teruk gile.
So bila aku baca testimoni produk Vit C plus Pure Collagen dr Felinna, aku terus rasa nak cuba.
Dan yang paling penting ianya sangat2 affordable.

Oleh kerana big day aku dah tak lama, aku nekad nak buang semua masalah2 dari badan aku ni.
Aku nak badan aku slim melim takde lebihan2 lemak dekat perut, paha & lengan aku.
Dan aku juga nekad nak dapatkan kulit badan & kulit muka yang licin berseri.
So aku amik pendekatan nak whatsapp sepet tanya stock Felinna.
Nasib baik time aku nak beli tu stock ada.
Kalau tak menangis jugak la aku.
Bila aku tau stock banyak terus aku book inchloss satu, pmcvc satu.
Besoknya hari gaji baru aku bayar.
Aku dapat harga promotion time tu.
1 incloss + 1 pmcvc= rm136 termasuk postage.

Sekarang ni dah masuk hari empat aku pakai produk Felinna ni.
So far aku tak nampak apa2 perubahan lagi kat muka aku.
Maybe sebab aku suka sangat belek muka aku ni sampai aku tak perasan ada perbezaan ke tak dekat muka aku ni.
Tapi tang perut aku tengok ada la sikit turun.
Aku nak perut aku susut banyak so aku akan sapu selalu lotion inchloss tu.
Lagipun bau dia wangi takde la bau serai ke halia ke kan.
Insya allah lagi sebulan aku buat review pasal keberkesanan produk Felinna Beauty ni kat atas badan aku okay.

Untuk korang2 yang nak cantik dan kurus tanpa mengeluarkan duit yang banyak aku syorkan korang cuba produk ni.
Korang boleh baca dulu testimoni2 dari mereka2 yang dah pernah pakai produk ni.
Kalau korang berpuas hati dengan testimoni2 yang korang baca tu bolehlah korang beli produk tu dari Sepet.
Ni alamat blog dia: sepet88.blogspot.com
Jom kita sama2 cantik & kurus dengan Felinna Beauty.

p/s: tak sabar nak tunggu result dia. Hopefully tak menghampakan. Sama2 kita nanti kan ye...
Happy New Year 2013 all. ♥

Friday, November 23, 2012

Gambar Lapuk (Hari Raya Haji)

Koleksi perfume aku. VS yang penuh tu bukan aku punya. Orang kirim. 

Nasi Goreng RM6.00. Hanya boleh di dapati di dalam KTM Antarabandar. 

Ni la rumah tempat aku membesar. Dari dulu sampai sekarang sama aje. Yang baju merah tu akak aku yang duduk dekat kampung, Aisyah. Aku panggil dia Esah. Yang budak-budak tu semua anak-anak dia. Yang tengah berdiri tu ayah aku. 

Motif???

Aku di atas, mereka di bawah. 

Segar dari dahan pokok.

Ini budak takut orang. 

Manggis pertama yang aku rasa lepas bertahun-tahun tak makan. 

Lauk raya haji. Semua orang bagi. Terima kasih jiran sebelah rumah dengan Esah. 

Azira, bakal pustakawan yang berjaya. 

Lauk raya lagi. 
Atas, dari kiri ke kanan: kari ayam, lodeh, kari ayam lagi.
Tengah, kiri ke kanan: sambal kacang, pulut dalam periuk kera, rendang daging, rendang, rendang ayam(bwk dari KL).
Bawah, kiri ke kanan: Lodeh, rendang daging, sambal ayam.
Lauk semua dari jiran aku dengan Esah. 

Puas hati dapat beli dekat butik walaupun bukan untuk aku. 

Victoria Secret

Budak takut orang lagi.

Ini semua campur milo satu kotak kecik harga dia RM12. Hanya boleh di dapati di dalam tren KTM antarabandar. 

Korang terliur tak??? Aku terliur sangat-sangat beb. 



Posted and taken by Samsung Galaxy S3. 

Lagi Satu Tahun Oooo

Assalamualaikum & Hai

Lama dah tak tulis kat dalam ni.
Banyak sangat kerja nak kena buat sejak dua tiga menjak ni.
Sebab tu la tak sempat nak update.

Hari ni aku nak cerita pasal wedding preparation aku.
Walaupun wedding aku ada lagi setahun tapi aku dah settle buat wedding checklist.
Aku dengan en.man plan nak start beli barang-barang hantaran bulan satu bersamaan Januari nanti.
Ikutkan plan asal, kitorang nak start beli bulan Disember ni.
Yelah hujung tahun kan ada Y.E.S sebab tu la kitorang target nak beli hujung tahun.
Tapi memandangkan kitorang tak beli lagi kain untuk buat baju terpaksa la kitorang tangguhkan dulu nak beli barang hantaran.

Start dari bulan 12 ni kitorang akan start plan & organize sikit-sikit untuk wedding kitorang.
Starting with beli kain utuk nikah.
Untuk nikah aku plan nak buat baju kurung moden je.
Simple yet gorgeous.
Kain lak aku akan guna kain chiffon+satin+lace.
Aku suka kain chiffon sebab dia lembut & flowy.
Boleh feeling ala-ala princess gitu.

Kain chiffon untuk buat baju and kain.
Satin lak untuk lining.
Aku nak carik satin yang sejuk so that bila aku pakai baju tu nanti tak la panas.
Lace pulak aku akan guna sikit aje.
Untuk buat patches/border kat baju.
Tapi aku tak sure lagi lace jenis apa yang sesuai untuk buat patches.
Nak kena buat research dulu lace mana yang sesuai.
Baru boleh dapat hasil yang sangat memuaskan hati.

Budjet aku untuk kain nikah kalau boleh kurang dari RM 200.
Tercapai ke tak, tu kena tunggu aku beli kain dulu.
So far dari apa yang aku baca dekat blog2, ramai yang cakap dekat Kamdar KL kain dia murah.
Quality pulak boleh dapat quality yang sama macam dekat Jakel.
Betul ke tak, itu aku tak tau.
I just have to wait and see.
Nanti bila aku dah beli kain aku update lagi.

Till then. XOXO

p/s: Nak pujuk en.man ajak balik kampung. Ayah nak belanja makan durian. Yummeh....