
Jam sudah menunjukkan pukul 4.12p.m...
Masih ada satu jam lagi sebelum aku boleh balik..
Mata aku dah terasa berat sangat dah...
Memang dah tak larat nak bukak.
Bagai ditarik-tarik minta ditutup...
Apabila mata mengantuk, kepala mula terasa berat...
Kerja ku pula cuma duduk mengadap komputer sahaja...
Memang terbaek la kan...
Telefon sekali sekala sahaja berbunyi...
Kebanyakan masa ku hanya di isi dengan mengadap komputer hinggakan aku sudah tidak tau nak buka apa lagi dekat dalam internet ni...
Aku rasa seperti mahu balik dan tidur sahaja...
Ini semua gara-gara lipas yang telah menggaganggu lena ku malam tadi... ...
Sedang aku tidur lipas itu merayap di rambut dengan tangan aku...
Dan kerana itu aku telah membuat operasi membunuh lipas pada jam 2 pagi itu...
Lipas itu memang telah banyak menyusahkan aku...
Ceritanya bermula begini:
Sedang aku lena di buai mimpi, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu sedang bergerak-gerak di hujung rambutku yang tak berapa nak panjang ini... Lalu aku angkat kepala ku ini dan menoleh ke atas bantal ku mencari-cari sekiranya ada binatang yang bergerak-gerak di situ... Tetapi aku tak nampak apa-apa(maklumlah separuh sedar)... Setelah aku pasti tiada apa-apa di atas bantal ku, aku pun menyabung semula tidur ku... Selang beberapa minit, aku merasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak di lenganku... Ku goyang-goyangkan lengan ku kerana ku fikir ia adalah rambut(gara-gara sesungut lipas tu).. Beberapa saat kemudian, ku rasakan seakan-akan ada benda yang merayap di lenganku itu... Ku buka mataku untuk melihat apa sebenarnya yang berada di lenganku itu... Terkejut sungguh aku apabila aku melihat seekor lipas yang gemuk berada di lenganku itu.. Dengan cepat-cepat aku goyangkan tangan ku sekuat-kuat yang mungkin... Dan lipas itu ter campak ke tempat lain... Selepas itu aku cuba untuk melelapkan mata sambil berfikir ke mana lipas tadi tercampak... Takut sekiranya lipas itu kembali menyerang aku, aku pun mencari ke mana lipas itu telah pergi... Bertemankan lampu handphoneku, aku mula mencari kelibat lipas itu tadi... Ku suluh ke bawah, tak ada... Ku suluh ke kanan, pun tak ada... Bila ku suluh ke kiri.... Tu dia... Tengah merayap-rayap dekat anak sedara aku... Ku buka lampu dan aku terus berlari mencari surat khabar untuk di gunakan bagi membunuh lipas itu... Apabila aku sampai semula di tempat aku tidur, aku nampak lipas itu sedang memanjat dinding... Lalu aku ambil rotan yang tergantung dan ku pukul lipas itu menggunakan rotan itu... Tapi tak kena... Ku cuba pukul lagi, pun tak kena jugak... Bila aku cuba hendak pukul buat kali ke-3, dengan tidak di sangka-sangka lipas itu melompat ke bawah... Serentak dengan itu, aku pun melompat sekali... Takut sekiranya lipas itu terbang ke arah aku... Bila lipas tu dah ada dekat bawah, aku tunggu masa yang sesuai untuk memukul lipas itu.. Lipas itu berjalan di atas badan anak sedara ku sampai la ke hujung kaki dia... Bila dah sampai hujung dia terus melompat turun ke lantai dan serentak dengan itu aku baling buku ke arahnya... Tapi tak kena... Laju je lipas tu lari... Aku ambil surat khabar yang telah ke lipat menjadi dua dan aku baling ke arah lipas itu... Dan aku berjaya... Lipas itu terperangkap di bawah surat khabar yang ku baling tadi... Aku ambil buku yang sebelum itu ku gunakan untuk membaling lipas itu dan aku letak di atas surat khabar... Dengan perasaan geli aku pijak buku dan surat khabar itu... Bila aku terasa seperti aku sedang memijak lipas itu, bulu romaku terus berdiri... Geli yang amat... Ku hentak-hentak kaki ku di atas surat khabar itu dan bila aku sudah tidak sanggup menahan geli, aku ambil mainan anak sedaraku, Ayyad dan ku ketuk-ketuknya di atas surat khabar itu dengan harapan lipas itu penyek... Apabila aku yakin yang lipas itu telah mati, aku kembali menyambung tidur malamku... Aku tersedar semula apabila jam locengku berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi... Aku bangun dan aku tengok sahaja surat khabar yang menjadi penjara bagi sang lipas yang telah mengganggu tidur malamku... Sampai sekarang aku tak pasti sekiranya lips itu mati ataupun tidak... Aku tak berani nak angkat surat khabar itu dan tengok keadaan lipas itu... Risau sekiranya ia tidak mati dan mengganggu ketenangan pagi ku...
p/s: dah 3 kali lipas merayap-rayap dekat kepala & tangan masa tengah tidur...
No comments:
Post a Comment